Apa Lagi Mahathir Mahu Tipu Dalam Sidang Media Hari Ini

Apa Lagi Mahathir Mahu Tipu Dalam Sidang Media Hari Ini

Apa Lagi Mahathir Mahu Tipu Dalam Sidang Media Hari Ini

Sejak Menara Ilham disita oleh SPRM, selain dari Daim Zainuddin dan keluarga beliau, orang yang paling gelisah adalah Dr Mahathir.

Mengapa?

Daim Zainuddin adalah kroni rapat yang menjadi kesayangan Dr Mahathir selama ini.



Ada juga pendapat, siasatan ke atas Daim Zainuddin dan keluarga beliau, sangat-sangat berisiko kepada Dr Mahathir.

Banyak fakta yang selama ini disembunyikan dengan kemas dijangka akan terbongkar satu persatu.

Jadi, untuk melambatkan proses siasatan, maka Daim terpaksa check in di hospital buat seketika.

Lebih membuatkan Dr Mahathir menjadi kelam kabut apabila anak beliau, Mirzan dipanggil oleh SPRM.



Dan selepas sesi suai kenal dan ramah mesra dengan SPRM, Mirzan diarahkan untuk mengisytiharkan kesemua harta Ahmad Albab yang berada di dalam dan luar negara.

Apa maksudnya?

Maksudnya, jawapan yang Mirzan berikan gagal meyakinkan SPRM bahawa kesemua harta Ahmad Albab itu diperolehi cara halal dan boleh digunakan tanpa was-was.

Ini lebih menakutkan Dr Mahathir.



Pasti akan terjawab, bagaimana Mirzan boleh menjadi biliana segera.

Lebih menghangatkan keadaan apabila pihak media sentiasa mengejar Dr Mahathir untuk mendapatkan komen beliau.

Setiap kali dikejar media, Dr Mahathir sebenarnya belum lagi mempunyai jawapan yang boleh menimbulkan kesyahduan di kalangan wartawan.

Jadi, hari ini, Dr Mahathir berjanji akan mengadakan sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.



Penulis boleh menjangkakan apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir.

Daim dizalimi, anak beliau Mirzan dan keluarga beliau juga dizalimi hanya kerana perseteruan politik antara beliau dan Anwar.

Siasatan ini bertujuan menanam naratif bahawa beliau adalah perasuah dan perompak negara, bla, bla, bla…

Kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang zalim.



Sesiapa yang menyokong kerajaan, pasti akan dilepaskan sebagaimana presiden UMNO, DS Zahid.

Boringlah Tun…

Sebaiknya, berikan ruang dan peluang kepada SPRM untuk siasat.

Lagi pun sekarang ini baru di peringkat siasatan, belum check in di Sungai Buloh…



Apa Lagi Mahathir Mahu Tipu Dalam Sidang Media Hari Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button