SPRM Beri Mirzan 30 Hari Untuk Isytihar Harta

 

SPRM Beri Mirzan 30 Hari Untuk Isytihar Harta
Gambar Hiasan

SPRM Beri Mirzan 30 Hari Untuk Isytihar Harta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan Mirzan, anak sulong kepada Dr Mahathir mengisytiharkan harta beliau dalam tempoh 30 hari.

Perintah notis kepada Mirzan untuk mengisytiharkan aset telah pun diserahkan kepada beliau semalam ketika dia hadir di ibu pejabat suruhanjaya antirasuah berkenaan di Putrajaya.

Ia berkaitan siasatan suruhanjaya tersebut berhubung maklumat dalam Kertas Panama.



Mirzan hadir ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 9.30 pagi kelmarin dan satu perintah notis kepada beliau di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Ia mengkehendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya.

Sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut.

Perintah itu adalah tindakan lanjutan daripada siasatan mereka berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama.



Mirzan Mengaut Kekayaan Dari Dasar Penswastaan Negara?

Ia juga berkaitan aktiviti perniagaan Mirzan yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM berkata pihak mereka memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti yang berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora juga Kertas Panama.

Dalam Kertas Panama, Mirzan telah disenaraikan sebagai telah mendaftarkan firma British Virgin Islands – Sergio International Ltd – pada 2002.



Tetapi firma itu dianggap tidak aktif pada 2006 dan dihentikan.

Pada 2013, dalam satu lagi siasatan bersama ICIJ, melaporkan bahawa Mirzan adalah antara kira-kira 1,500 rakyat Malaysia yang mempunyai firma luar pesisir yang berahsia.

Ianya didedahkan dalam dokumen yang dibocorkan kepada konsortium wartawan pada masa itu.

Dalam kebocoran itu, Mirzan telah disorot memiliki Crescent Energy Ltd, Utara Capital Ltd dan Al Saad Investments Pte Ltd, semuanya berpangkalan di Labuan.



Bidang kuasa luar pesisir seperti BVI dan Panama sering sering digunakan oleh individu bernilai tinggi untuk menyimpan aset mereka.

Siasatan juga dibuat berikutan dakwaan Mirzan melalui syarikat miliknya telah membeli anak syarikat milik entiti perniagaan berkaitan kerajaan melalui dasar penswastaan ketika itu.

Beliau kemudian menjual syarikat tersebut kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam tempoh singkat.

Ia dipercayai bagi memperoleh keuntungan berjumlah ratusan juta ringgit melalui urus niaga tersebut.



SPRM Beri Mirzan 30 Hari Untuk Isytihar Harta

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading