‘Nyaris, sipi. Mujur Viva suami jadi penampan’
‘Nyaris, sipi. Mujur Viva suami jadi penampan’
KUALA BERANG: ‘Berpantang maut sebelum ajal’. Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila sebuah kereta terbabas sebelum hampir merempuh mereka di hadapan rumah di Kampung Chapu, Jumaat lalu.
Siti Khadijah Draman, 68, berkata kejadian jam 4.30 petang ketika dia dan suaminya Yusof Stapa, 67, sedang minum petang.
“Tiba-tiba terdengar bunyi kuat. Sebuah kereta terbabas merempuh kereta suami di hadapan rumah. Meja tempat kami minum petang pula di sebelah kereta yang dilanggar.
“Proton Iswara yang dipandu remaja itu kemdudian merempuh pula bangsal di kanan rumah sebelum terperosok ke longkang,” katanya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana Perodua Viva suaminya di hadapan dan menjadi penghalang ketika Proton Iswara itu terbabas.
“Sekiranya kereta suaminya tiada, sudah tentu Proton Iswara itu terus merempuh kami,” katanya.
‘Nyaris, sipi. Mujur Viva suami jadi penampan’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hujah Shahril Hamdan Terhadap Pekerja Asing Tersasar
- Apa Lagi Mahathir Mahu Tipu Dalam Sidang Media Hari Ini
- Muhyiddin sudah pulangkan pasport atau jadi Jho Low?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apakah Penghalang Kepada Keadilan Untuk DS Najib?