Apakah Penghalang Kepada Keadilan Untuk DS Najib?

Apakah Penghalang Kepada Keadilan Untuk DS Najib

Apakah Penghalang Kepada Keadilan Untuk DS Najib?

Sepanjang minggu lepas, sekali lagi berlegar di media sosial, mantan perdana menteri, DS Najib akan dibebaskan.

Ada 2 kebebasan DS Najib yang hangat diperkatakan oleh netizen dan rakyat Malaysia.

Ada yang mendakwa kebebasan yang dimaksudkan adalah kes SRC 2.0 yang dihadapi oleh DS Najib akan digugurkan.



Dan DS Najib akan dibebaskan dari pertuduhan yang sangat tidak adil ke atas beliau.

Benarkah pendakwaan kes SRC 2.0 ke atas DS Najib adalah pertuduhan yang sangat tidak adil?

Sekiranya dilihat dari fakta pertuduhan, saksi yang akan dipanggil serta bukti kes yang akan dikemukakan, penulis bersetuju, ianya tidak adil.

Belum pernah berlaku dalam sejarah perundangan dunia, seseorang dituduh sebanyak 2 kali atas kesalahan yang sama.



Satu lagi pihak mendakwa kebebasan yang dimaksudkan adalah DS Najib akan diberikan Pengampunan Di Raja.

Hujah mereka mudah, YDP Agong berasal dari Pahang.

Sebelum balik ke Pahang, sudah pasti baginda akan memberikan pengampunan kepada DS Najib.

Bukankah DS Najib berasal dari keluarga bangsawan Pahang.



Tetapi selepas berlalunya masa, harapan kedua-dua pihak masih lagi tidak kesampaian dan DS Najib masih lagi terkurung di penjara.

Istana Dan Anwar Masih Tidak Mahu Atau Masih Tidak Boleh Berikan Keadilan?

Umum mengetahui DS Najib hanya mahukan keadilan untuk beliau dan ianya tidak boleh diperolehi selagi DS Najib terkurung di penjara.

Penulis sangat yakin, umum juga tahu, sepanjang perbicaraan kes SRC, DS Najib tidak mendapat keadilan.

Tidak perlu diulang-ulang fakta perbicaraan kes SRC kerana ianya sudah menjadi rahsia umum.



Persoalannya, adakah YDP Agong dan Anwar Ibrahim tidak mengetahuinya?

Bagi penulis, tidak mungkin YDP Agong dan khususnya Anwar tidak mengetahuinya.

Malah Anwar sendiri pernah dizalimi oleh Dr Mahathir hingga terpaksa merengkok dalam penjara.

Anwar adalah orang yang paling mengenali Dr Mahathir berbanding dengan mana-mana individu yang lain.



Kita juga sangat yakin, baginda YDP Agong sangat mengenali Dr Mahathir dan permainan licik Dr Mahathir.

Jadi, kalau kedua-dua pihak sudah tahu keadaan yang sebenar, mengapa keadilan untuk DS Najib masih lagi tertangguh?

Apa Yang Menjadi Penghalang?

Rakyat yang mahukan keadilan serta penyokong tegar DS Najib mesti memahami, memberikan pengampunan kepada DS Najib bukanlah isu yang kecil dan mudah.

Berdasarkan kepada fakta, sekiranya DS Najib adalah seorang rakyat biasa, penulis yakin, beliau sudah diberikan pengampunan.



Tetapi nama DS Najib adalah satu nama yang cukup besar bukan sahaja dalam dunia politik tanah air, tetapi juga politik dunia.

Sebagai ahli politik yang tersohor, setiap apa yang berlaku ke atas beliau sudah pasti mempunyai implikasi.

Musuh politik DS Najib pasti akan menggunakan isu pengampunan sebagai bola tanggung.

Dan pengampunan DS Najib akan membabitkan 2 institusi tertinggi negara, pihak Istana Negara dan kerajaan yang memerintah.

Memberikan pengampunan tanpa alasan yang kukuh sudah pasti menjejaskan kedua-dua institusi berkenaan.

Sekiranya kita beranggapan sebab YDP Agong berasal dari Pahang, maka ianya memudahkan pengampunan, sebenarnya kita silap.

YDP Agong sudah pasti mahu menjaga nama baik institusi monarki Pahang supaya ianya terus dihormati rakyat.

Tanpa alasan yang kukuh, sudah pasti rakyat akan beranggapan YDP Agong memberikan pengampunan hanya kerana DS Najib adalah dari keluarga bangsawan Pahang.

Baginda memerlukan sebab dan alasan mengapa pengampunan DS Najib mesti diberikan.

Anwar Ibrahim juga menghadapi masalah yang sama.

Beliau mesti mempunyai alasan yang kukuh yang boleh diterima dan menutup mulut musuh politik beliau apabila pengampunan diberikan.

Memberikan pengampunan tanpa sebab yang jelas hanya akan menjejaskan nama baik kerajaan yang beliau terajui.

Sudah pasti ianya adalah sesuatu yang beliau tidak mahu lihat ianya berlaku.

Penyokong DS Najib Mesti Lebih Rasional Dan Jangan Beremosi

Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang selama ini mendakwa memperjuangkan keadilan kepada DS Najib memberikan alasan yang kukuh kenapa DS Najib mesti dibebaskan.

Terangkan kepada seluruh rakyat dan dunia, mengapa DS Najib mesti dibebaskan segera.

Wujudkan gelombang di media sosial dari kefahaman rakyat mengapa pembebasan DS Najib adalah WAJIB.

Biar mesej itu sampai dengan jelas kepada institusi monarki dan juga kerajaan.

Jelaskan, DS Najib mesti dibebaskan bukan kerana beliau adalah DS Najib atau mantan perdana menteri.

Hukum dunia menjelaskan kepada kita, kemarau setahun akan terhapus oleh hujan sehari.

Jangan lagi kita tersalah langkah, atau kebebasan DS Najib hanya akan kekal sebagai ilusi.

Apakah Penghalang Kepada Keadilan Untuk DS Najib?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button