Wanita direman bantu siasatan anak kandung dirogol

 

Oleh – Syeikh Baran


Wanita direman bantu siasatan anak kandung dirogol
SEORANG wanita (kiri) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol anaknya dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

Seorang wanita ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes anak kandungnya berusia 16 tahun yang dirogol seorang buruh, awal Januari lalu.

Perintah reman terhadap wanita berusia 43 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, wanita tersebut ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam selepas siasatan lanjut berhubung kes itu dilakukan pihaknya.

“Mengikut laporan awal, mangsa mendakwa dirogol lelaki berusia 18 tahun beberapa minggu lalu dan bapa tirinya berusia 32 tahun disyaki menjadi dalang kes tersebut.

“Bagaimanapun, selepas siasatan lanjut dilakukan, mangsa turut mendakwa pernah dirogol bapa tirinya sebelum ini di kediamannya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya akan melihat sama ada terdapat penglibatan ibu mangsa dan wujud pengabaian terhadap kanak-kanak itu dalam kes tersebut mengikut Seksyen 3 AKKSTKK.



Menurutnya, lelaki berusia 18 tahun dan
bapa tirinya yang merupakan pengumpul barang terpakai ditahan awal pagi Sabtu lalu sejurus laporan polis dibuat mangsa dan kakaknya berusia 19 tahun.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Jumaat ini.

“Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik itu juga telah dirujuk ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan,” katanya.

Sumber – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading