14 kru nelayan warga asing ditahan

Oleh – Syeikh Baran


14 kru nelayan warga asing ditahan
Maritim tahan tiga bot nelayan dan 14 kru warga asing.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan tiga buah bot nelayan tempatan (BNT) serta 14 kru nelayan warga asing selepas disyaki melakukan pelbagai kesalahan, semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, bot-bot tersebut ditahan di kedudukan 19.4 kilometer hingga 77.7 kilometer barat daya Pulau Kendi, petang semalam.



Menurut beliau, pada awalnya bot peronda telah menahan sebuah BNT kelas C pada pukul 2.30 pagi semalam sewaktu melaksanakan Ops Tiris 3.0.

“Dalam  bot nelayan tersebut, pihak kami menahan empat kru warga Myanmar yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 di bawah seksyen 8 (b) melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti perikanan di bawah 15 batu nautika.

“Kempat-empat kru berkenaan juga disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 di bawah seksyen (1) (C) iaitu tidak memiliki permit atau pas yang sah,” katanya di sini, hari ini.

Sumber – UTUSAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button