Billionaire’s Last Supper, Tapi Mana Mirzan?
Billionaire’s Last Supper, Tapi Mana Mirzan?
Penulis baru dapat maklumat, hujung minggu yang lepas ada makan malam di Beirut Habibi, Jalan Kurau, Bangsar.
Beirut Habibi merupakan restoran eksklusif yang menghidangkan makanan Timur Tengah, terutamanya menu dari Jordan.
Kalau setakat level penulis, memang tidak layak makan di situ, apa lagi kalau hendak buat open table dan makan beramai-ramai.
Kalau makan ramai-ramai, bil yang sampai sudah tentu ribu riban.
Tapi kalau bertaraf biliana, apa ada hal, setakat bil lima atau enam ribu, kira kecil punya hal.
Bila penulis belek-belek dan tenung-tenung gambar di atas, ternampak anak-anak mantan perdana menteri sedang menjamu selera.
Antara anak Dr Mahathir yang ada dalam gambar di atas, ialah Marina, Mokhzani dan Mukhriz.
Pelik juga, takkan keluar makan ramai-ramai dengan kawan-kawan, tak ajak abang Ngah?
Kesian abg Ngah tidak dipelawa sekali.
Tapi mungkin juga sudah diajak, tapi abang Ngah tak ada mood nak keluar makan beramai-ramai.
Maklumlah, mungkin abang Ngah tengah sibuk sekarang nie, jadi jangan diganggu.
Teringat Kisah The Last Supper
Bila tenguk gambar di atas, teringat kisah yang digambarkan oleh Leonardo Da Vincci, bertajuk The Last Supper.
Secara ringkas, ianya mengisahkan makan malam terakhir Nabi Isa AS bersama-sama dengan 12 orang pengikut setia baginda.
Dalam Islam 12 pengikut setia Nabi dipanggil sebagai Hawariyyun.
Manakala orang Kristian menggelar mereka sebagai Apostle.
Sebelum Nabi Isa AS, menikmati minuman terakhir dar The Holy Grail, baginda memberitahu kepada 12 Hawariyyun, akan ada seorang dari mereka yang akan mengkhianati baginda.
Pengkhianat tersebut akan menyerahkan baginda kepada kaum baginda yang sangat memusuhi baginda untuk dibunuh.
Orang Islam mempercayai, selepas itu, Nabi Isa AS telah diangkat oleh Allah SWT ke langit.
Manakala orang Kristian mempercayai, selepas itu, pengkhianat tersebut menyerahkan Nabi Isa AS kepada musuh beliau untuk disalib.
Terlintas di minda penulis, apakah ada antara yang hadir di Beirut Habibi akan menjadi Hawariyyun yang mengkhianati Nabi Isa AS?
Billionaire’s Last Supper, Tapi Mana Mirzan?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apakah Penghalang Kepada Keadilan Untuk DS Najib?
- Hujah Shahril Hamdan Terhadap Pekerja Asing Tersasar
- Apa Lagi Mahathir Mahu Tipu Dalam Sidang Media Hari Ini