Anwar Sudah Overkilled Mahathir

Anwar Sudah Overkilled Mahathir

Anwar Sudah Overkilled Mahathir

Pada pendapat penulis, motif utama Dr Mahathir mengadakan sidang media adalah untuk menanam naratif beliau adalah seorang yang telah teraniaya.

Mungkin matlamat asal Dr Mahathir adalah untuk menarik simpati rakyat kepada beliau.

Tetapi selepas menonton sidang media tersebut berulang kali, penulis dapati Dr Mahathir gagal mencapai matlamatnya.



Lebih menarik lagi, kerana gagal mengawal emosi, Dr Mahathir sendiri telah menggagalkan perancangan beliau.

Majoriti yang menontonnya hingga habis melalui media sosial bukan sahaja tidak merasa simpati, malah merasa marah.

Dari ekspresi muka dan body language Dr Mahathir sepanjang sidang media tersebut, jelas menunjukkan beliau gagal mengawal emosi.

Dakwaan Di Aniaya Ternyata Tidak Berasas

Dr Mahathir juga gagal memberikan hujah, mengapa beliau mendakwa siasatan ke atas Mirzan adalah satu penganiayaan.



Beliau hanya menyebut Mirzan dikehendaki oleh SPRM untuk mengisytihar kesemua aset beliau bermula dari umur Mirzan 20 tahun.

Dr Mahathir mendakwa apa yang diarahkan oleh SPRM adalah tidak munasabah.

Kerana pada usia tersebut Mirzan masih lagi belajar.

Fakta yang ada, 2 orang anak seorang yang bergelar Tun yang kini disiasat, telah memiliki saham bernilai puluhan juta ringgit ketika masih berumur belasan tahun.



Penulis percaya, ada sebab yang kukuh mengapa SPRM menyuruh Mirzan mengisytiharkan harta beliau sejak berumur 20 tahun.

Dr Mahathir juga mendakwa SPRM telah mengugut Mirzan sekiranya gagal mengistiharkan harta, beliau akan dipenjarakan 5 tahun.

Jelas sekali Dr Mahathir telah cuba memutarbelitkan fakta.

Penulis percaya, apa yang berlaku adalah pegawai penyiasat hanya menerangkan kepada Mirzan mengenai hukuman yang ada sekiranya beliau gagal mematuhi arahan notis tersebut.



Itu adalah SOP yang mesti dipatuhi oleh pegawai penyiasat sebelum memulakan siasatan.

Orang Kena Tuduh (OKT) mesti diterangkan mengapa dia disiasat, di bawah seksyen apa beliau disiasat dan apakah hukuman sekiranya disabitkan kesalahan.

Terakhir sekali, Dr Mahathir cuba mengungkit jasa beliau ‘membebaskan’ Anwar dari penjara.

Soalan penulis, adakah Dr Mahathir bebaskan Anwar kerana terpaksa atau kerana keadilan?



Jangan lupa siapa yang masukkan Anwar ke dalam penjara.

Jadi, bukan Anwar yang overkilled Dr Mahathir, tapi he overkilled himself.

Anwar Sudah Overkilled Mahathir

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button