Gerakan Cuba Cetuskan Konflik Dalaman Perikatan Nasional?

Gerakan Cuba Cetuskan Konflik Dalaman Perikatan Nasional

Gerakan Cuba Cetuskan Konflik Dalaman Perikatan Nasional?

Apa yang jelas, pemimpin Perikatan Nasional cuba sedaya upaya untuk mengelak dari memberikan sebarang komen berkenaan kenyataan kontroversi Dr Mahathir.

Pemimpin utama Perikatan Nasional sedar, teras utama sokongan kepada mereka datangnya dari pengundi Melayu.

Namun dalam masa yang sama mereka juga sedar, tanpa undi dari pengundi bukan Melayu, impian untuk membentuk kerajaan hanya tinggal impian.



Dalam isu kenyataan kontroversi Dr Mahathir, pemimpin Perikatan Nasional berada dalam keadaan serba salah.

Kalau dibantah kenyataan Dr Mahathir, pengundi Melayu akan marah kepada mereka.

Tetapi kalau bersetuju, pengundi bukan Melayu pula akan marah kepada mereka.

Parti komponen utama Perikatan Nasional, PAS, secara terbuka membuat kenyataan bahawa sokongan bukan Melayu sangat penting untuk membolehkan mereka ke Putrajaya.



Tetapi dalam masa yang sama, PAS tidak boleh kehilangan sokongan pengundi Melayu.

Dalam keadaan tersepit, Gerakan pula dilihat cuba untuk menjadi hero kepada pengundi bukan Melayu.

Pemimpin Gerakan melihat kenyataan Dr Mahathir sebagai bola tanggung yang mesti dilibas untuk menjadi hero di mata pengundi bukan Melayu.

Sebaik sahaja selesai mesyuarat Perikatan Nasional, presiden Gerakan, Dominic Lau, membuat kenyataan, Muhyiddin dan pemimpin Perikatan Nasional mengecam kenyataan Dr Mahathir.



Tetapi kenyataan Dominic telah dengan serta merta dinafikan oleh Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainuddin.

Hamzah berkata, isu kenyataan yang dibuat oleh Dr Mahathir tidak dibincangkan langsung dalam mesyuarat Perikatan Nasional.

Hakikatnya, Dominic telah mewujudkan ketegangan hubungan antara PAS dengan Dr Mahathir.

Dr Mahathir telah dilantik PAS sebagai penasihat ekonomi kepada SG4 yang dikuasai PAS.



Kenyataan Dominic sudah pasti akan membuatkan Dr Mahathir merasa tidak selesa dengan PAS.

Pastinya Dr Mahathir beranggapan PAS juga telah mengecam kenyataan beliau.

Dan pastinya Muhyiddin sangat maklum, apa yang akan Dr Mahathir lakukan apabila beliau marah.

Tahniah Dominic Lau dan Gerakan…😂😂😂



Gerakan Cuba Cetuskan Konflik Dalaman Perikatan Nasional?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading