KL City, Terengganu sama kuat

KL City, Terengganu sama kuat

KL City, Terengganu sama kuat
PEMAIN pertahanan, Giancarlo Gallifuoco meraikan gol semangat ketika menghasilkan jaringn pertama KL City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. – FB KL City

KUALA LUMPUR – Perubahan corak permainan di awal babak kedua menyelamatkan Terengganu untuk mengikat Kuala Lumpur City 3-3 pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Paling gembira dengan keputusan ini pastinya pemain baharu pelawat, Nor Hakim Hassan yang turut menyumbangkan satu jaringan pada debutnya bersama Terengganu.

Beraksi atas padang basah menyaksikan kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan berhati-hati dan menyaksikan Tchetche Kipre melepaskan dua peluang terbaik untuk meletakkan KL City di depan.



Minit ke-29, kem Terengganu akhirnya ceria apabila Omid Nazari membuka jaringan namun gol berkenaan seakan membangkitkan semangat melawan tuan rumah.

Hasilnya, kelekaan benteng pelawat membolehkan KL City meledak tiga gol dalam tempoh 10 minit, bermula dengan jaringan penyamaan Giancarlo Gallifuoco pada minit ke-36 dan diikuti ledakkan Paulo Josue (minit ke-42) serta Romel Morales pada masa kecederaan.

Terengganu tampil berbeza di babak kedua dan memperoleh dua gol dalam tempoh 15 minit menerusi Nor Hakim seawal minit ke-50 sebelum Ivan Mamut menghasilkan jaringan penyamaan pada minit ke-60.

Seterusnya, aksi bertambah rancak dengan menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengatur serangan namun beberapa peluang terhasil gagal disudahkan dengan jaringan. – KOSMO! ONLINE



KL City, Terengganu sama kuat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button