Liga Super: Perak sekadar seri dengan kelantan United

Liga Super: Perak sekadar seri dengan kelantan United

Liga Super: Perak sekadar seri dengan kelantan United
Pemain Perak FC Muhammad Hadi menendang Bola ke arah gawang pasukan Kelantan United FC, pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Perak, Ipoh hari ini. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Nasib nyata tidak menyebelahi Perak FC apabila dinafikan kemenangan oleh Kelantan United FC melalui sepakan penalti enam minit sebelum tamat perlawanan sebenar tadi.

Jaringan penalti oleh Indra Putra Mahayuddin itu menyelamatkan Kelantan dalam perlawanan di Stadium Perak, sebentar tadi.

Pengadil Jeevanathan M Ponnamoorthy memberikan sepakan itu selepas berlaku kekasaran dalam kotak penalti walaupun pegawai-pegawai Perak membantah keras.



Sebeum itu, pada minit ke-9, Perak berjaya membuka jaringan melalui Sunday Afolabi yang menanduk masuk sepakan sudut Luciano Goaycochea.

Gol itu membakar semangat pemain tuan rumah yang melancar serangan bertubi-tubi ke kubu Kelantan United tetapi gagal nenambah jaringan.

Pelawat juga tidak berdiam diri apabila melancar serangan balas melalui Ismaheel Akinade Jose Elmer Porteria. Bagaimanapun mereka mendapati gawang tuan rumah yang di kawal T Shaheeswaran kebal. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Perak sekadar seri dengan kelantan United

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading