Pekerja diberi cuti sebab ‘tiada mood’

Oleh – Syeikh Baran


Pekerja diberi cuti sebab 'tiada mood'
WANITA berjalan di kawasan bersalji di wilayah timur Shandong, China. FOTO AFP/ China Out

Seorang wanita di China, baru-baru ini, menjadi tajuk utama berita selepas diberikan cuti kerana ‘tiada mood’ oleh syarikatnya dengan alasan tidak berpuas hati kerana tiada salji di tempatnya.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, insiden itu mendapat banyak reaksi di platform media sosial di China.



Wanita dari Hangzhou dekat wilayah Zhejiang menerusi perkongsian video dalam talian itu menerangkan proses dia mendapat cutinya itu.

Dalam rakaman video itu, dia dilihat mengisi borang permohonan cuti dan menyatakan alasannya sebagai ‘tidak ada salji di Hangzhou dan saya berasa beremosi’.

Menurut wanita itu, syarikatnya sentiasa menawarkan cuti kerana ‘mood’ selain cuti pada hari wanita, hari kanak-kanak dan cuti rehat untuk majlis perkahwinan serta cuti kerana kematian.

“Majikan kami menjelaskan bahawa jika pekerja tidak berpuas hati, mereka boleh meminta cuti jenis ini pada bila-bila masa tanpa menjejaskan gaji atau bonus prestasi mereka,” katanya kepada video Riverside.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu mengisytiharkan secara terbuka dalam mesej sebelum ini bahawa kakitangan mempunyai hak untuk mengatakan tidak kepada majikan mereka dan boleh terus mengambil cuti kerana ‘mood’.

“Bijak betul ‘bos’ ini. Membenarkan pekerja dalam ‘mood’ yang tidak baik untuk bekerja dengan mudah boleh membawa kepada kesilapan dan kerugian kepada syarikat,” tulis seorang netizen.

“Dengan alasan cuti ini, kini seluruh negara tahu kamu hanya mahu keluar dan berseronok,” tulis seorang lagi netizen.

“Hargai syarikat dan bos seperti itu. Dunia tidak kekurangan alasan untuk bercuti, tetapi ia tidak mempunyai bos yang memahami dan memberi kebebasan sedemikian!” tulis seorang lagi netizen.



Sumber – HARIAN METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading