Penguat kuasa JPJ didakwa terima rasuah RM600

Oleh – Syeikh Baran


Penguat kuasa JPJ didakwa terima rasuah RM600
GAMBAR HIASAN

Tiga pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan RM600, tahun lalu.

Ahmad Redza Fazri Kodri, 42; Sutan Azri Shah Sutan Norli, 37; dan Aliff Syakir Adnan, 36; dari JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meminta dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.



Mereka didakwa bersama-sama sebagai penguatkuasa JPJ di Bahagian Operasi JPJ WPKL secara rasuah memperoleh suapan untuk diri mereka wang tunai berjumlah RM600 daripada S. Navindran.

Suapan itu sebagai balasan untuk melepaskan pekerjanya iaitu pemandu lori, M.S. Thinagaran daripada saman atas kesalahan tidak memiliki lesen manakala lori tersebut tidak disita oleh JPJ.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sutan Azri Shah turut didakwa meminta untuk dirinya wang tunai RM800 daripada Thinagaran, sebagai dorongan untuk melepaskannya (Thinagaran) daripada saman atas kesalahan sama di Plaza Tol Bukit Teratai di sini pada 8.30 malam, 27 Jun 2023.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading