Sebelum Kecam Kerajaan, Elok Muhyiddin Cermin Diri Sendiri Dahulu

Sebelum Kecam Kerajaan, Elok Muhyiddin Cermin Diri Sendiri Dahulu

Sebelum Kecam Kerajaan, Elok Muhyiddin Cermin Diri Sendiri Dahulu

Dalam kenyataan terbaru pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin, beliau mengecam Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Muhyiddin mendakwa, Anwar terlalu sibuk untuk memastikan musuh politik beliau ditindas dari menumpukan perhatian membantu rakyat.

“Selepas setahun kerajaan memerintah, kehidupan orang ramai semakin sukar”.



“Setakat ini saya tidak nampak perdana menteri mampu untuk memberikan penyelesaian kepada permasalahan rakyat yang kian meruncing ini”.

“Beliau nampaknya lebih sibuk memastikan musuh politik ditindas daripada menumpukan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat”.

“Ringgit mencatat kejatuhan paling rendah dalam tempoh 26 tahun berbanding dolar AS”.

“Manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun lalu pula gagal mencapai sasaran antara 4 hingga 5 peratus”.



“Jumlah dagangan negara pada Disember 2023 menurun 4.3 peratus kepada RM225.1 bilion, berbanding RM231 bilion pada tahun sebelumnya.”.

“Rungutan rakyat mengenai kekurangan beras tempatan di pasaran yang berlarutan sejak sekian lama seperti tidak diambil berat lagi oleh kerajaan”.

“Rakyat masih sukar memperolehi beras tempatan walaupun sepatutnya 70 peratus bekalan beras adalah beras tempatan”.

“Sasaran menoktah kemiskinan juga umpama menanam tebu di bibir”.



“Ia masih gagal menjadi kenyataan,” dakwa beliau.

Apa yang dinyatakan atau dibimbangkan oleh Muhyiddin, tidak dapat dinafikan sangat bagus.

Daripada sibuk berangan untuk menubuhkan kerajaan tebuk atap, lebih baik pembangkang memainkan peranan yang sepatutnya.

Cuma persoalan yang timbul pada penulis adalah apakah layak orang seperti Muhyiddin bercakap mengenai masalah rakyat.



Apakah beliau lupa, apa yang telah beliau lakukan selama 18 bulan beliau menjadi perdana menteri.

Rakyat sampai ke satu tahap terpaksa menaikkan bendera putih kerana sudah tidak sanggup menanggung bebanan hidup kerana kos kehidupan yang tinggi.

Kalau Muhyiddin lupa, mungkin perkongsian Setiausaha Sulit Kanan YDP Agong, Nazim Mohd Alim boleh membuatkan sel otak Muhyiddin kembali bersambung.

Paling tidak hari ini, rakyat masih bebas mencari rezeki.



Tetapi di era Muhyiddin kerana takut kehilangan kuasa, rakyat dikurung dalam keadaan kos kehidupan melambung tinggi.

Sebelum Kecam Kerajaan, Elok Muhyiddin Cermin Diri Sendiri Dahulu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button