Isu Penjualan Saham MAHB: Kerajaan Mesti Berikan Penjelasan Yang Jujur

Kemelut Penjualan Saham MAHB, Kerajaan Mesti Berikan Penjelasan Yang Jujur

Isu Penjualan Saham MAHB: Kerajaan Mesti Berikan Penjelasan Yang Jujur

 

Lapangan terbang adalah aset strategik dan sensitf bagi sesebuah negara.

Selain dari menjadi pintu masuk bagi warga asing ke dalam negara, lapangan terbang juga menjadi pintu tapisan utama ke atas warga asing yang mahu memasuki negara ini secara sah.



Baru-baru ini tular berita yang mengatakan, sebahagian saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) akan dijual kepada sebuah syarikat yang berpusat di Amerika dan merupakan penyokong tegar Zionis Israel.

Gateway Development Alliance (GDA) yang membentuk konsortium memiliki 41.1% saham yang diterbitkan oleh MAHB.

Syarikat induk di dalam GDA adalah Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pemegang saham GDA juga dianggotai oleh anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan dana yang diuruskan oleh Global Infrastructure Partners (GIP).



GDA telah telah mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki.

Apabila tawaran ini selesai sepenuhnya, Khazanah akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2% kepada 40%.

Manakala KWSP daripada 7.9% kepada 30%.

Secara kolektif, para pelabur Malaysia akan memiliki 70% saham MAHB.



Siapa Di Belakang Global Infrastructure Partners (GIP)

 

ADIA dan GIP akan memiliki baki 30% saham.

Tidak menjadi isu walau pun sekiranya Khazanah dan KWSP memiliki 100% saham di dalam MAHB.

Persoalannya, kenapa dibenarkan syarikat asing seperti ADIA dan GIP memegang saham sehingga 30% dalam aset strategik negara.



Lebih mengejutkan lagi, mengapa syarikat GIP dibenarkan memiliki saham dalam MAHB?

Siapa GIP?

GIP adalah anak syarikat kepada Black Rock Inc di mana Black Rock Inc sebagai syarikat induk memiliki 100% saham dalam GIP.

Black Rock Inc adalah syarikat pelabur dalam syarikat pembekal senjata dunia dan merupakan pelobi terbesar Amerika Syarikat bagi pihak Zionis Israel.



Isu Penjualan Saham MAHB Kerajaan Mesti Berikan Penjelasan Yang Jujur
Larry Finks Bersama Neetanyahu

 

Ketua Pegawai Eksekutif Black Rock Inc, Larry Fink, adalah penyokong tegar rejim Zionis Israel.

Kita tidak boleh membiarkan syarikat yang diterajui oleh penyokong tegar kepada pengganas Zionis Israel mempunyai akses kepada maklumat sensitif negara.

Kerajaan Mesti Bersikap Jujur Kerana Ianya Membabitkan Keselamatan Negara

 



Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, telah membuat kenyataan dengan mengatakan isu yang sedang hangat itu adalah fitnah.

Alasan beliau, ianya sengaja dimainkan oleh pihak pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga telah mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Anwar Ibrahim.

Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP sendiri yang mengesahkan perkara berkenaan?

Kerajaan mesti jujur dan telus dalam membuat penjelasan.

 

Isu Penjualan Saham MAHB: Kerajaan Mesti Berikan Penjelasan Yang Jujur

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button