12 warga asing dieksploitasi sindiket untuk jual keropok, kerepek
12 warga asing dieksploitasi sindiket untuk jual keropok, kerepek

SEREMBAN: Polis menyelamatkan 12 individu disyaki menjadi mangsa eksploitasi untuk menjual kerepek, keropok dan pelbagai barangan melalui enam serbuan sepanjang dua hari sejak kelmarin di negeri ini.
Dalam serbuan sama sempena Op Mega Pembanteras Jenayah Tip membabitkan kawasan Seremban, Kuala Pilah dan Rembau itu, polis turut menahan lapan suspek yang disyaki terbabit kegiatan itu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, operasi dijalankan bagi membanteras eksploitasi kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) untuk mengaut keuntungan.
Beliau berkata, lapan suspek ditahan berusia antara 20 hingga 54 tahun kerana kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
“Suspek disyaki melakukan eksploitasi ke atas 12 mangsa terdiri seorang lelaki dan 10 wanita warga Thailand, serta seorang wanita Kemboja masing-masing berusia 17 hingga 73 tahun yang berjaya diselamatkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sebelum Kecam Kerajaan, Elok Muhyiddin Cermin Diri Sendiri Dahulu
- Perbezaan Antara Mahathir Dan Netanyahu
-
NGO dan Mahathir sahaja hadir ke Istana, Perikatan Nasional ghaib?
“Kami juga merampas dua kereta, sebuah motosikal, lima telefon bimbit, 49 jenis barangan lelaki, 351 jenis makanan dan wang tunai sebanyak RM116,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut menahan 15 warga asing berusia 28 hingga 49 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
12 warga asing dieksploitasi sindiket untuk jual keropok, kerepek
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mat Jargon Meroyan Lagi
- Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara Buat Laporan Polis Atas Fitnah Chegu Bard
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :