Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis

Mahathir - Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis

Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis

Selasa lepas (23/01/24), pihak polis mengambil keterangan Dr Mahathir Mohamad lebih sejam di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Ia berhubung kenyataannya yang mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini.

Beliau juga mendakwa ianya adalah kerana mereka masih terikat dengan negara asal mereka.



Pihak polis telah mengemukakan sebanyak 19 soalan dalam sesi merakam keterangan tersebut.

“Ada soalan yang ditanya saya jawab”.

“Yang lanjut saya akan jawab di mahkamah”.

“Sebab, kalau kita cakap semua dengan polis nanti orang ramai tak tahu apa kita cakap”.



“Sepatutnya, orang ramai perlu tahu apa yang kita cakap”.

“Jadi, saya akan jawab semuanya di mahkamah,” katanya.

Cuma penulis berharap, bila di mahkamah nanti, jangan pula jawapan yang keluar dari mulut Dr Mahathir, saya tak tahu atau saya tak ingat.

Mahathir Buat SOP Baharu Untuk Memulakan Siasatan

Tetapi apa yang lebih menarik bagi penulis adalah kenyataan Dr Mahathir yang membayangkan untuk memulakan siasatan, bukan laporan polis yang diperlukan, tetapi Surat Akuan Bersumpah.



“Saya diberitahu bahawa ada 18 orang membuat laporan polis terhadap temubual saya sebuah TV di India”.

“18 orang bukan buat surat akuan bersumpah”.

“Mereka cakap sahaja dengan polis, maka saya disiasat, saya kena buat keterangan,” jelas beliau.

Memang sangat pelik kenyataan dari Dr Mahathir kali ini.



Penulis tidak pasti, tetapi apakah ada SOP baharu untuk pihak polis melakukan siasatan?

Sepanjang pengetahuan penulis, untuk pegawai penyiasat membuka kertas siasatan, ianya mestilah berdasarkan kepada kertas laporan yang diterima.

Selepas menerima laporan, pegawai penyiasat akan meneliti untuk menentukan sama kertas siasatan akan dibuka atau No Further Action (NFA).

Sekiranya ada asas untuk membuka kertas siasatan, pegawai penyiasat akan menentukan di bawah seksyen apa siasatan akan dilakukan.



Tetapi Dr Mahathir beranggapan, laporan polis hanyalah perbualan kosong antara pengadu dengan pihak polis.

Untuk memulakan siasatan, pihak polis perlukan Surat Akuan Bersumpah.

Rasanya sudah sangat kritikal penyakit Alzheimer Dr Mahathir, patutlah Anwar suruh jaga kesihatan.

Dapatkan rawatan dengan segera yer Tun…



Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button