2 bekas pegawai kanan syarikat air Kelantan, 2 konsultan ditahan SPRM

Oleh – Syeikh Baran


2 bekas pegawai kanan syarikat air Kelantan, 2 konsultan ditahan SPRM
Empat termasuk bekas dua pegawai syarikat air di Kelantan dan dua konsultan projek yang ditahan SPRM, hari ini. FOTO Hidayatidayu Razali.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air di Kelantan kerana disyaki terbabit dalam pembinaan telaga jejari yang tidak berfungsi untuk membekalkan air kepada penduduk.

Menurut sumber, keempat lelaki berusia antara 40 hingga 60-an itu ditahan berasingan di sini, antara 7 hingga 10 pagi hari ini.



Katanya, dua lagi yang ditahan adalah pemilik syarikat yang diberi tanggungjawab sebagai konsultan bagi menyiapkan pembinaan telaga terbabit.

“Telaga jejari ini sepatutnya berfungsi untuk membekalkan air yang mencukupi kepada penduduk, namun siasatan awal mendapati ia tidak menghasilkan kuantiti air secara optimum,” katanya hari ini.

Menurut sumber, ia dipercayai disebabkan berlakunya amalan rasuah dan penyelewengan dalam pelaksanaan projek pembinaan telaga jejari itu.

Katanya, SPRM turut menyita beberapa barangan daripada suspek seperti dokumen dan telefon bimbit.



“Kesemua suspek dibawa ke Pejabat SPRM Kelantan bagi dirakamkan keterangan.

Difahamkan, siasatan berkenaan dipercayai hasil rungutan dan aduan daripada penduduk yang tidak berpuas hati dengan isu masalah air di Kelantan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Menurutnya, kesemua mereka itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada esok bagi proses permohonan reman untukk siasatan lanjut.



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button