Along ‘serang’ kereta, pagar jiran

Oleh – Syeikh Baran


Along ‘serang’ kereta, pagar jiran
Antara kereta yang disimbah cat merah oleh along pagi tadi.

Sebanyak tiga buah kenderaan serta dua pagar rumah dilaporkan disimbah cat merah di Taman Selaseh, Batu Caves, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, perbuatan itu dilakukan pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau along selepas gagal menuntut hutang dari jiran mereka.



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pengadu lelaki tempatan berusia 31 tahun tampil membuat laporan berhubung kejadian kira-kira 10.56 pagi.

Katanya, aduan dibuat selepas mangsa mendapati kereta Proton Iriznya disimbah cat merah.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku pada pukul 3.50 pagi. Kejadian melibatkan dua pagar rumah dan tiga kereta iaitu Proton Iriz, Proton Persona dan Perodua Myvi.

“Perbuatan ini dipercayai ditujukan kepada salah sebuah rumah di jalan yang sama yang meminjam daripada pemberi pinjam wang tanpa lesen (along).



“Ia berdasarkan penemuan sehelai nota berunsur ugutan jenayah yang ditujukan kepada penghuni rumah tersebut supaya
menyelesaikan hutang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Ahmad Irwan Mohammad di talian 019-5712477 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,” tambahnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading