Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh kedai makan

Oleh – Syeikh Baran


Empat sekeluarga cedera, kereta rempuh kedai makan
Keadaan Perodua Viva yang merempuh bangunan kedai makan di kaki Gunung Jerai, Yan dipercayai akibat kegagalan fungsi brek, hari ini.

Empat sekeluarga cedera selepas kereta Perodua Viva yang mereka naiki terbabas lalu merempuh bangunan kedai makan ketika menuruni Gunung Jerai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kemalangan berlaku di kawasan kaki gunung tersebut kira-kira pukul 2.15 petang tadi.



Kata beliau, hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan fungsi brek sehingga menyebabkan pemandunya hilang kawalan lalu merempuh bangunan kedai di sebelah kiri jalan.

“Akibat rempuhan tersebut, pemandu yang berusia 31 tahun serta tiga ahli keluarganya mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Pemandu dan salah seorang penumpang belakang dirujuk di Hospital Yan manakala penumpang hadapan bersama seorang lagi penumpang belakang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani,” tambahnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading