Rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Oleh – Syeikh Baran


Rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
FOTO HIASAN

Seorang pesara guru kerugian RM442,947 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 69 tahun dari Taman Bercham Jaya itu pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘S4 pandangan baru terhadap kekayaan group’ yang menawarkan pelaburan wang.



Katanya, suspek yang berperanan sebagai pentadbir kumpulan sembang itu telah menunjukkan cara-cara menyertai pelaburan yang akhirnya menarik minat mangsa.

“Pengadu telah memasukkan dana sebanyak 17 kali ke dalam 12 akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM442,947.

“Penipuan itu hanya disedari mangsa selepas dia dikehendaki membuat pembayaran ketika mahu mengeluarkan wang keuntungan pelaburan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.



Sementara itu, Mohd. Yusri menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam platform media sosial yang menjanjikan pulangan tidak munasabah khususnya melalui aplikasi pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Orang ramai juga boleh menghubungi talian Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) 997 jika menjadi mangsa penipuan tidak wujud dan telah membuat traksaksi ke akaun keldai,” katanya.

Sumber – UTUSAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading