Peniaga gigit jari rugi RM413,522

Oleh – Syeikh Baran


Peniaga gigit jari rugi RM413,522

Gara-gara terperdaya pelaburan mata wang digital (Bitcoin), seorang peniaga kedai makan mengalami kerugian RM413,522 setelah pelaburan yang dilakukan tidak membuahkan hasil.



Mangsa berusia 56 tahun itu tampil membuat laporan polis, semalam apabila menyedari dia telah ditipu kerana tidak boleh mengeluarkan nilai pelaburan RM7.09 juta (USD1.5 juta).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, mangsa tertarik dengan pelaburan Bitcoin di Facebook dan telah mendaftar melalui aplikasi yang disediakan.

Katanya, mangsa kemudian telah berhubung dengan suspek untuk mendapatkan maklumat lanjut dan telah membuat pembayaran pada 6 November lalu.

“Sejak dari November hingga Januari ini, mangsa telah membuat pembayaran keseluruhan sebanyak RM413,522 menerusi sembilan akaun yang berlainan.



“Setelah dua bulan melabur, mangsa mendapati nilai pelaburannya telah bertambah sehingga hampir RM7 juta. Mangsa ingin membuat pengeluaran hasil pelaburan itu namun dimaklumkan perlu membuat bayaran sebanyak RM176,575 sebagai bayaran proses,” katanya kepada pemberita hari ini.

Rahmat berkata, mangsa berasa tertipu kerana tidak dapat mengeluarkan wang pelaburan itu dan tampil membuat laporan polis terhadap suspek yang dipercayai warga tempatan.
Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading