Obor-obor maut ‘serang’ pantai Tok Jembal

Oleh – Syeikh Baran


Obor-obor maut 'serang' pantai Tok Jembal
Obor-Obor

Obor-obor ‘maut’ ditemui di Pantai Tok Jembal di sini Selasa lalu dipercayai dihanyutkan ombak besar.

Obor-obor Kiropsoid Tanggul Luar atau nama saintifiknya Chiropsoides Buitendijki ditemui masih hidup terdampar di Pantai Tok Jembal di belakang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Selasa lalu.



Kurator Kanan, Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan UMT, Azwarina Mohd Azmi Ramasamy, berkata dua obor-obor itu ditemui masih hidup terdampar jam 5.30 petang.

Penyelidikan mendapati sengatan obor-obor itu boleh membawa maut jika terlewat antara lima dan 10 minit mendapatkan rawatan.

“Walaupun hanya dua obor-obor ditemui, kita tidak menolak kemungkinan haiwan berbisa itu turut dihanyutkan ombak besar ke pantai lain di negeri ini.

Ketika mengulas tanda awal gigitan obor-obor berkenaan, Azwarina berkata, kulit akan merasa pedih dan bertukar warna menjadi kemerahan serta menggelembung seperti terkena air panas.



Katanya, obor-obor berkenaan sebelum ini tiada ditemui di perairan negeri ini, tetapi mungkin dihanyutkan oleh ombak besar.

“Orang ramai jika terkena sengatan obor-obor itu digalakkan menggunakan cuka masakan bagi mengurangkan kesakitan,” katanya.

Azwarina berkata, sebanyak 14 kematian dilaporkan berlaku disebabkan sengatan haiwan laut itu dalam tempoh enam tahun sejak 2017.

“Kematian disebabkan sengatan obor-obor kotak atau nama saintifiknya Chironex SP kali terakhir membabitkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Pulau Pangkor, Perak pada Ogos tahun lalu,” katanya.



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button