Sabalenka gah pertahan kejuaraan Terbuka Australia

Oleh – Syeikh Baran


Sabalenka gah pertahan kejuaraan Terbuka Australia
Sabalenka mencium trofi Terbuka Australia yang dimenanginya, hari ini. Foto REUTERS

Pemain nombor dua dunia, Aryna Sabalenka berjaya mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia selepas mengatasi pemain China, Zheng Qinwen pada aksi final, hari ini.

Jaguh Belarus itu nyata sukar ditandingi Qinwen yang menghuni ranking ke-12 dunia apabila mencatat kemenangan 6-3, 6-2 dalam aksi yang berlangsung selama 76 minit di Rod Laver Arena.



Lebih membanggakan, kejayaan Sabalenka kali ini dicapai dengan dia tidak pernah tewas satu set sekalipun dalam semua tujuh perlawanan yang diharunginya.

Sebagai rekod, Sabalenka menjadi pemain wanita pertama yang berjaya mempertahankan gelaran Terbuka Australia dalam tempoh sedekad.

Kali terakhir kejohanan itu menyaksikan pemain wanita berjaya mempertahankan kejuaraannya adalah menerusi rakan senegara Sabalenka iaitu Victoria Azarenka yang melakukannya pada 2013.

 

Dalam enam kejohanan itu, tiga kali dia mara ke final dan dua kali muncul juara. – AFP



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading