Bas Rapid KL terbakar, enam penumpang selamat

Bas Rapid KL terbakar, enam penumpang selamat

Bas Rapid KL terbakar, enam penumpang selamat
Foto JBPM/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kepantasan seorang pemandu bas Rapid KL menyedari bahagian belakang bas dipandunya terbakar, menyelamatkan enam penumpang yang berada dalam kenderaan awam berkenaan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.52 pagi di Jalan Ampang berhampiran pusat beli belas Great Eastern di sini, membabitkan sebuah bas Rapid KL laluan 303 – Taman Mulia Jaya – Lebuh Ampang.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan sebaik pemandu bas terbabit terlihat asap dari bahagian belakang kenderaan itu, dia mengambil keputusan pantas menghentikan pemanduan.



“Seterusnya, menurunkan penumpang serta cuba mengawal api daripada merebak menggunakan pemadam api yang terdapat di dalam bas.

“Pemandu bas Rapid KL sudah dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan atau luar jangka seperti ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Boboi Jangan Langkah Bendul, Bagi Kak Long Mengadap SPRM Dulu Yer…




Kenyataan itu juga berkata, pasukan bomba yang dihubungi tiba di lokasi kejadian pada jam 10.56 pagi dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya tidak lama selepas itu.

“Ketika kejadian, terdapat enam orang penumpang di dalam bas. Semua mereka termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan, dan kebakaran tidak menyebabkan kerosakan pada harta benda awam.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik bomba. Pihak Rapid Bus memohon maaf kepada penumpang yang terjejas akibat kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur mengesahkan menerima panggilan kecemasan berkait kejadian itu pada jam 10.48 pagi tadi.



Berikutan itu, sepasukan sembilan pegawai dan anggota bersama satu jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat dikejarkan ke lokasi.

Komander Operasi bertugas, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fahbell Md Yassin berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah bas Rapid KL sedang terbakar dianggarkan 50 peratus dari bahagian belakang ke tengah bas.

“Pasukan bomba menggunakan tindakan memadam menggunakan teknik dua aliran ‘hose reel’ untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.07 pagi dan buat masa ini,punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.



Bas Rapid KL terbakar, enam penumpang selamat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button