Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud

Mantan Menteri Kewangan di era Dr Mahathir, Daim Yang Zuhud, akhirnya dihadapkan ke mahkamah.

Tetapi Daim Yang Zuhud dihadapkan ke mahkamah bukan atas salah guna kuasa atau pun rasuah semasa menjadi menteri kewangan.

Beliau dihadapkan ke mahkamah kerana telah gagal/enggan mengisytiharkan harta sebagaimana yang diperintahkan dalam notis SPRM.



Mungkin ini hanya sebagai sesi pemanas badan atau warm up, sebelum kes yang sebenarnya dibicarakan di mahkamah.

Tetapi bagaikan ada yang tidak kena bila melihat gambar Daim Yang Zuhud duduk di atas kerusi roda sebelum masuk ke kamar mahkamah.

Bagaimana seorang yang diberikan gelaran zuhud boleh dihadapkan di mahkamah dan didaftarkan sebagai kluster mahkamah.

Maksud penulis, gelaran pun dah zuhud.



Takkan lah seorang yang zuhud seperti Daim Yang Zuhud ada harta berbilion-bilion sebagaimana yang dikatakan.

Kalau pun beliau memiliki harta tersebut, mustahil ianya dimiliki secara tidak sah atau haram, kan Daim tu zuhud orangnya.

Bukti Kezuhudan Daim Yang Zuhud

Kalau tak percaya dengan kezuhudan Daim Yang Zuhud, mari kita lihat senarai harta yang telah disenaraikan.

Akaun Bank
  • Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN)
Kenderaan
  • Mercedes Benz 600 SEL (No. Pendaftaran: KV8989)
  • Jaguar XJS HE (No. Pendaftaran: MP11)
  • Mercedes Benz 450SEL (No. Pendaftaran: WU11)
  • Mercedes Benz 450 SLC (No. Pendaftaran: KL11)
  • Rolls Royce Royce 2 Axle Rigid Body (No. Pendaftaran: WY11)
  • Austin Morris Austin (No. Pendaftaran: BG9290)
  • Ford Prefect (No. Pendaftaran: KX988)
Syarikat
  • Ibu Kota Developments Sdn Bhd
  • Maya Seni Holdings Sdn Bhd
  • Menara Ampang Sdn Bhd
  • Dream Cruiser Sdn Bhd
  • Landbelt Corporation Sdn Bhd
  • Kenari Teliti Sdn Bhd
  • Fnq Advanced Materials Sdn Bhd
  • Kota Tandop Development Sdn Bhd
  • Alun-Alun Resort (M) Sdn Bhd
  • Dasar Seroja Sdn Bhd
  • Gigantic Promotions Sdn Bhd
  • Jupiter Alliance Sdn Bhd
  • Inayat Realty Sdn Bhd
  • Suasa Urus Sdn Bhd
  • Avillion Berhad
  • Meridian Haven Sdn Bhd
  • Avillion Vista Hotel Sdn Bhd
  • Vast Access Sdn Bhd
  • Fortune Valley Sdn Bhd
  • Reliance E-Com Sdn Bhd
  • Admiral Marina Berhad
  • Golden Envoy (M) Sdn Bhd
  • Mela Lifestyle Sdn Bhd
  • AVI SPA Sdn Bhd
  • Avillion Hotel Group Sdn Bhd
  • RPB Capital Holdings Sdn Bhd
  • Genius Field Sdn Bhd
  • Festive Place Sdn Bhd
  • Avillion Suite Hotel (PD) Sdn Bhd
  • Taman Unik Sdn Bhd
  • Admiral Cove Development Sdn Bhd
  • Nesline Sdn Bhd
  • RPB Development Sdn Bhd
  • OS Resources Sdn Bhd
  • Avillion Hotel (Kl) Sdn Bhd
  • Avillion Hotels International Sdn Bhd
  • Admiral Hill Hotel Sdn Bhd
  • Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak) Sdn Bhd
Hartanah
  • No. Hak Milik 79053, Lot 265, Seksyen 89, No. 325 Ritchie Condo, 55000 Kuala Lumpur
  • No. Hak Milik 27692, Lot 12, Seksyen 89, No. 327 Persiaran Ritchie, 55000 Kuala Lumpur
  • Unit 1D, No 16, Jalan Taman U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
  • No Hak Milik 102428 PT 2533 Mukim Ampang beralamat di No. 10 Jalan Wirawati, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur
  • No Hak Milik 3754 Lot 2490 Mukim Teras,Raub beralamat di Rompin House, Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang
  • No Hak Milik 10627 Lot 157, No. Hak Milik 10628 Lot 158, No. Hak Milik 10629 Lot 159 di Mukim Kuala Lumpur beralamat di Lot 63-67 (1-3) Jalan Kampung Pandan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur
  • No Hak Milik 1317, PT4061, No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
  • No Hak Milik Geran 42420, 316 Seksyen 63, Mukim Kuala Lumpur beralamat di No.204 Desa Kuda Lari, TK 1-A150 3, 50450 Kuala Lumpur
  • No Hak Milik CT 9452, Lot 13, No. 333, Persiaran Ritchie, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur
  • No Hak Milik 79488 Lot 20001 dan No Hak Milik 119785 di Mukim Kuala Lumpur beralamat di No. 333 (Socfin House-White Palace Kuala Lumpur)
  • No Hak Milik 37663 PT 377, No Hak Milik 37665 PT 379, No Hak Milik 37666 PT 380, No Hak Milik 37670 PT 384, No. Hak Milik 15540 PT 1095, No Hak Milik 15541 PT 1096 di Mukim Ampang beralamat di No 57 & 59, Taman Maluri, 55100 Cheras, Kuala Lumpur
  • No Hak Milik 34959 Lot 215 Seksyen 89, No Hak Milik 34960 Lot 216 Seksyen 89 dan No Hak Milik 36150 Lot 84 Seksyen 89 di Mukim Kuala Lumpur beralamat di Cinta Condominium, Jalan Madge Off Jalan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur
  • No Hak Milik HS(D) 5782 Lot 14001, No. Hak Milik HS(D) 5783 Lot 14002, No Hak Milik HS(D) 5784 Lot 14003 di Mukim Bentong beralamat di Lot 12 & 13 Puncak Dani & Dani Lodge Gohtong Jaya Genting Highlands, 69000, Pahang
  • No Hak Milik 33753 Lot 3989, No Hak Milik 33739 Lot 3975 Di Mukim Ulu Kelang beralamat di Unit No W4DC-075 & 061, Phase 4D, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur
  • No Hak Milik 16013 PT 371, No Hak Milik 16014 PT 372 dan No Hak Milik 16015 PT 373 di Mukim Kuala Lumpur beralamat di Wisma Dani, 1, Jalan Jejaka 4, Maluri, 55100 Kuala Lumpur
  • No Hak Milik 11199, PT 15752, Mukim Ampang beralamat, beralamat di AG-01, A1-01, A-2-01, A2-01, A3-01, A3-02, A4-01, A4-02 Taman Dagang Ampang, 68000 Ampang, Selangor
  • No Hak Milik 33555, Lot 129 Seksyen 58, Menara Ampang, No 149, Jalan Ampang, Selangor
  • No Hak Milik 129258 dan 36280, Lot No 1680 dan 1681, Mukim Bujang Daerah Kuala Muda, Negeri Kedah
  • No Hak Milik 287336, PT 35082, Double Storey Semi D, Phase 5B, Bukit Saujana, Ijok, Selangor
  • Suite # 8-13-6, Menara Mutiara Bangsar 8, Jalan Liku Off Jalan Bangsar, 59100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Avillion Port Dickson, 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Avillion Admiral Cove, 51/2 Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71050 Negeri Sembilan
  • Avillion Cameron Highlands, C-3-1 Jalan Camelia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang
  • Admiral Marina & Leisure Club, 5 1/2 Miles Jalan Pantai, 71050, Si Rusa, 71050 Negeri Sembilan
  • AVI Pangkor Beach Resort, PT1130, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pangkor, Perak

Kan penulis dah cakap, tak banyak manalah harta Daim Yang Zuhud, mungkin cuma beberapa bilion ringgit jer.



Jadi sama-samalah kita berdoa semuga Daim Yang Zuhud dapat infaqkan harta-harta tersebut pada negara dan rakyat.

Daim Yang Zuhud kan zuhud orangnya…

Selamat Datang Ke Kluster Mahkamah Kepada Daim Yang Zuhud

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button