Sindiran ‘The So Called Professor’ Terhadap Penubuhan RCI Pulau Batu Puteh
Sindiran ‘The So Called Professor’ Terhadap Penubuhan RCI Pulau Batu Puteh
Terlebih dahulu penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan mengangkat sumpah sebagai SPB YDP Agong XVII.
Istiadat pemasyhuran dan angkat sumpah jawatan sebagai YDP Agong ke XVII akan diadakan di Istana Negara pada 31 Jaunari 2024.
Sebagai sultan yang memerintah negeri Johor dan jajahannya, isu Pulau Batu Puteh sudah pasti sangat dekat di hati baginda.
Maka tidak hairan apabila kita kehilangan kedaulatan Pulau Batu Puteh pada tahun 2018, baginda sangat murka dan kecewa.
Lebih memurkakan baginda adalah bagaimana kita kehilangan terus kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.
Sebab itu secara berterus-terang, baginda sudah menyatakan perkara pertama yang akan baginda lakukan ialah merungkaikan misteri kehilangan Pulau Batu Puteh.
Selaras dengan itu, Timbalan Perdana Menteri I, DS Zahid, pernah memaklumkan mengenai persetujuan kerajaan atas penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pulau Batu Puteh.
DS Zahid memaklumkan, pengumuman jawatankuasa RCI Pulau Batu Puteh akan diumumkan selepas pemasyhuran SPB YDP Agong XVII.
Kita menerima hakikat bahawa sudah tidak ada jalan untuk kita menuntut semula Pulau Batu Puteh dari Singapura.’
Tetapi sebagai rakyat di negara yang berdaulat, kita ada hak untuk tahu mengapa dan bagaimana kita boleh kehilangannya.
Tetapi sangat memeranjatkan, apabila ada kelompok the so called professor dilihat menyindir penubuhan RCI Pulau Batu Puteh.
Profesor Undang-undang Antarabangsa UIA, Dr Mohd Yazid Zul Kepli, berkata pendekatan semasa nampaknya cuba menyalahkan pihak lain atas kepentingan politik yang sempit.
“Nampaknya pendekatan semasa yang dibuat ini seperti mahu menyalahkan orang yang berkepentingan sebelum ini”.
“Hanya disebabkan oleh kepentingan politik yang sempit, yang lebih utama berbanding kepentingan negara”.
“Dasar kita sekarang berhubung dengan Laut China Selatan kelihatan sangat lemah, dan dasar negara yang kukuh tidak wujud”.
“Pakar jarang diminta pandangan dalam isu ini,” katanya.
Suara Siapa Sebenarnya Yang Di Bawa, Adakah Suara Politikus Tua Yang Sudah Di Pencenkan?
Sangat memualkan bila seorang yang merasakan layak dipanggil profesor mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghasut.
Adakah Mohd Yazid juga mahu menuduh titah bakal YDP Agong supaya RCI Pulau Batu Puteh ditubuhkan juga bersifat dendam politik?
Kalau benar, ini adalah satu tuduhan yang sangat berat.
Bagi penulis, sekiranya dalam siasatan RCI Pulau Batu Puteh mendapati ada unsur kecuaian atau ada agenda tersembunyi, maka pihak tersebut mesti diheret ke muka pengadilan.
Kehilangan Pulau Batu Puteh tidak sama seperti kehilangan satu tin sardin di kedai runcit.
Ianya adalah kehilangan maruah dan kedaulatan negara dan mesti dicari puncanya mengapa jadi begitu.
Lainlah kalau Mihd Yazid sememangnya manusia tidak bermaruah dan boleh menganggap kehilangan Pulau Batu Puteh adalah kehilangan yang kecil.
Universiti awam dan swasta mesti dibersihkan dari ahli akademi sebegini supaya generasi akan datang lebig bermaruah.
Di harapkan Menteri Pengajian Tinggi, Dr Zambry Kadir dapat mengambil tindakan yang tegas dan tuntas.
Sindiran ‘The So Called Professor’ Terhadap Penubuhan RCI Pulau Batu Puteh
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apa Pun Panggilan Bayaran Kepada Bekas Ahli Politik, Ianya Tetap Wang Rakyat
- Boboi Jangan Langkah Bendul, Bagi Kak Long Mengadap SPRM Dulu Yer…
- Menteri Mesti Berhenti Buat Kenyataan Pra Matang