Kembar kahwin kembar serentak

Oleh – Syeikh Baran


Kembar kahwin kembar serentak
Deva berkahwin dengan Sona, manakala Devi berkahwin dengan Soni. – Instagram

Dua pasangan kembar seiras di Bandung, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana berkahwin pada hari yang sama, lapor portal berita Okezone hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik, pasangan kembar pertama dikatakan bernama Deva dan Devi.



Mereka berkahwin dengan lelaki yang juga merupakan pasangan kembar iaitu Sona dan Soni.

Menurut keterangan video yang dimuat naik, dua pasang pengantin baharu itu bernikah pada hari berbeza, namun mengadakan majlis bersanding serentak.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Mungkin anak mereka juga mempunyai wajah seiras nanti,” kata seorang pengguna laman sosial.



“Mungkin ia diatur oleh ibu bapa mereka,” kata netizen lain. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading