Kereta tersadai pada jambatan gantung kerana GPS

Oleh – Syeikh Baran


Kereta tersadai pada jambatan gantung kerana GPS
SEBUAH kereta ‘tersadai’ di sebuah jembatan gantung di Wiang Thong, Shad lalu. – Foto The Pattaya News

Seorang wanita memandu keretanya melalui sebuah jambatan gantung yang dikhaskan hanya untuk motosikal dan pejalan kaki kerana menurut arahan daripada Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS), lapor portal berita The Pattaya News semalam.

Kejadian  berlaku pada pukul 5.40 petang (waktu tempatan) kelmarin apabila seorang penduduk dikenali sebagai Makun Inchan, 38, cuba menyeberangi jambatan gantung tersebut yang merentasi Sungai Yom di  Wiang Thong, Thailand. 



Dia terkejut kerana mendapati terdapat sebuah kereta tersadai di atas jambatan sepanjang 120 meter itu.

Makun yang mendengar rayuan daripada pemandu wanita tersebut selepas  bertindak menghubungi pasukan kecemasan.

Kereta itu  tersangkut sejauh 15 meter dan satu tayarnya tersepit  di celah kayu jambatan.

Pasukan penyelamat dua traktor untuk menarik kereta mangsa tersebut dari jambatan tersebut.



Menurut wanita itu, dia menggunakan GPS dan mengikut maklumat laluan yang diberikan untuk pergi menemui rakannya di Sung Men. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button