Ameng menjadi mangsa penipuan ‘orang tengah’

 

Oleh Pena Merah

Ameng menjadi mangsa penipuan 'orang tengah'
Ameng akan pastikan ambil wang pendahuluan sebelum mengadakan persembahan

Penyanyi Ameng Spring mendedahkan masih menjadi mangsa penipuan ‘orang tengah’ apabila tidak menerima bayaran selepas membuat persembahan nyahyian.

Ameng atau nama aebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, 56, berkata paling diingati adalah insiden dibayar cek tendang berjumlah RM30,000 selepas mengadakan persembahan di sebuah lokasi berprestij.



“Kejadian berlaku sekitar dua tahun laku dan isu tak dapat bayaran ini banyak kali terjadi, bahkan hingga hari ini masih lagi berlaku.

“Dapat cek tendang, bayar dengan duit palsu. Saya pernah menyanyi di sebuah acara berprestij dan dapat bayaran berjumlah RM30,000.

“Bila saya pergi bank, rupa-rupanya cek tendang. Tapi, saya tak salahkan tuan rumah, sebaliknya itu salah orang yang berurusan dengan pengurusan saya,” katanya kepada BH Online.

 



Ameng dan barisan artis yang bakal menggegarkan Konsert Rock Legend Berzaman di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.

Ditanya adakah serik dengan kejadian menimpanya, Ameng berkata, dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Biasanya saya akan ambil deposit terlebih dahulu. Tapi untuk acara itu, saya tak berbuat demikian atas dasar percaya.

“Mungkin selepas ini saya akan pastikan saya ambil duit pendahuluan sebelum buat persembahan,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di sebuah pusat hiburan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ameng turut mengakui masalah ketiadaan hitam putih menyebabkannya sukar untuk membuat sebarang tuntutan.



“Masalahnya sebab kami (penyanyi) yang buat persembahan tiada perjanjian bertulis dan sebagainya.

“Jadi, bila nak buat tuntutan di mahkamah, ia agak sukar sebab semua benda kita perlu buat sendiri.

“Nak turun naik mahkamah, nak bayar peguam dan sebagainya. Jadi ia agak tidak berbaloi untuk dilakukan,” jelasnya.

Selain Ameng, Konsert Rock Legend Berzaman itu bakal membariskan lapan vokalis rock era 1990-an seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama.



Konsert anjuran RAR SKY Entertainment itu akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.

-Berita Harian-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading