Haram, berdosa upah gadis seksi jadi ‘pelaris’ kedai makan

Oleh – Syeikh Baran


Haram, berdosa upah gadis seksi jadi ‘pelaris’ kedai makan
Ustaz Azhar Idrus

Tindakan sesetengah peniaga kedai makan mengupah atau menggajikan wanita seksi sebagai ‘pelaris’ premis mereka adalah perbuatan haram dan berdosa disisi agama.

Malah, menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, rezeki yang diperolehi hasil menggunakan pelayan seksi sebagai pelaris juga tidak akan berkat

“Haram menggunakan pelayan-pelayan sehingga terbeliak mata kita (pelanggan) tengok. Contohnya upah perempuan pinggang 43, tetapi disuruh pakai seluar pinggang 27.



“Tubik habis daging (isi badan). Kita asal nak order (pesan) tea o beng (tea o ais), tengok badan (pakaian seksi) terus tukar jadi timun susu.

“Pelanggan yang datang ke kedai pelayan seksi itu dapat dosa, pelayan yang dedah aurat pun dapat dosa. Tauke kedai juga akan disoal di akhirat,” katanya pada satu sesi soal jawab di sebuah masjid baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, hukum menggunakan pelaris adalah harus, tetapi pelaris itu mestilah yang mengikut syarak.

Jelasnya, terdapat tiga pelaris yang boleh digunakan oleh peniaga kedai makan untuk menarik pelanggan iaitu sedap, cepat dan murah.



“Itulah tiga pelaris besar terutamanya bagi kedai makan. Ini tidak, tengok gambar tubik (keluar) air liur, tapi bila suap (makan) muntah sebab tak sedap.

“Satu lagi jangan lambat sampai kena panggil untuk order (pesan makanan). Di Eropah kalau makanan tidak sampai dalam masa tujuh minit, peniaga boleh disaman.

“Tempat kita, duduk sejam setengah pun tak sampai lagi makanan, anak-anak sampai tidur atas meja tunggu makanan sampai,”katanya.

Tambah beliau, untuk melariskan kedai makan juga, peniaga mesti meletakkan harga makanan murah atau pada kadar yang berpatutan.

“Murah itu bukan sampai rugi, tapi jangan melampau-lampau ambil untung,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker