Kanak-kanak tersepit dalam mesin basuh

Oleh – Syeikh Baran


Kanak-kanak tersepit dalam mesin basuh
Anggota bomba mengeluarkan kanak-kanak yang tersepit di dalam mesin basuh di Jalan Felda Lubuk Merbau, dekat Kuala Nerang hari ini.

Khidmat bomba diperlukan bagi mengeluarkan seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang tersepit dalam ruangan pengering sebuah mesin basuh di Jalan Felda Lubuk Merbau, dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.53 petang tadi.



“Kami bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak perempuan terbabit tersangkut dalam ruangan pengering mesin basuh jenis manual.

“Melihatkan keadaannya, kami terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa. Selepas 30 minit, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kembali kepada keluarganya.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading