Peniaga kantoi sorok minyak masak peket

 

Oleh Pena Merah

Peniaga kantoi sorok minyak masak peket
SEORANG penguat kuasa memeriksa bekalan minyak peket yang disorok peniaga di sebuah premis di Mak Mandin, Butterworth.

Tindakan seorang peniaga menyorok bekalan minyak peket bersubsidi di dalam premis terbongkar selepas diserbu pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, semalam.

Serbuan menerusi Ops Samar itu dijalankan di kedai runcit di Mak Mandin, Butterworth di sini.



Pengarahnya, S. Jegan berkata, tindakan menyorok minyak masak peket itu dikesan selepas pasukannya melakukan penyamaran sebagai pembeli tempatan.

“Ketika melakukan uji beli minyak masak peket, seorang lelaki yang menjaga kaunter memaklumkan minyak masak peket tiada dan akan terima bekalan selepas Tahun Baharu Cina.

“Hasil pemeriksaan lanjut, kita temui 26 paket minyak masak peket satu kilogram disembunyikan di dalam kotak di premis tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, petang tadi.

-Utusan-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading