Saya harap liga domestik kami akan bertambah baik – Faisal

 

Oleh Pena Merah

Saya harap liga domestik kami akan bertambah baik - Faisal
Faisal mengakui peningkatan mutu saingan domestik mampu membantu melonjakkan prestasi pasukan kebangsaan.

KEGAGALAN Harimau Malaya melepasi peringkat kumpulan Piala Asia wajar memberi tempias kepada kelab tempatan dan tanggungjawab itu harus dipikul sama rata oleh semua entiti berkepentingan dalam industri bola sepak negara.

Keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang membenarkan enam pemain import berada atas padang pada satu-satu masa juga bukan ‘lesen’ untuk kelab bersikap taksub dengan kejuaraan hingga mengabaikan pembangunan pemain.



Walaupun kejayaan ada penting bagi sesebuah pasukan, kelab bertanding di Liga Malaysia (Liga M) juga wajar mengutamakan kepentingan nasional terutamanya untuk memberikan peluang kepada pemain mendapatkan minit permainan sekaligus membiasakan dengan aksi kompetitif.

“Di peringkat antarabangsa, intensitinya lebih tinggi, apabila pemain menerima bola pasti akan ada dua atau tiga pemain di sekitar. Sudah pasti ia pengalaman yang kami tidak boleh dapat dalam saingan liga.

“Saya harap liga domestik kami akan bertambah baik dan boleh membantu pasukan kebangsaan,” kata bintang Harimau Malaya, Faisal Halim yang dipetik menerusi laporan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kelmarin MFL membuat keputusan mengekalkan kuota sembilan pemain import dalam pendaftaran Liga M bagi musim 2024-2025 namun memberikan satu slot tambahan kepada pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara Elit (ACLE), Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) dan pertandingan kelab ASEAN (ACC).



Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bermain di ACLE, Selangor bermain di ACL 2 manakala MFL sudah mencalonkan Sabah dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi mengisi slot ACC.

Selain itu, MFL juga mendapat persetujuan daripada kelab tempatan untuk menambahkan kuota seorang pemain import di atas padang untuk musim 2024-2025 iaitu enam pemain asing dibenarkan berada di atas padang pada satu-satu masa.

-Kosmo Online-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading