Saya takkan saman Fatiya Latiff

Oleh – Syeikh Baran


Saya takkan saman Fatiya Latiff

Selebriti Datin Seri Heliza Helmi tidak terkesan dengan dakwaan palsu yang dilemparkan aktres sensasi, Fatiya Latiff terhadap suaminya, Datuk Seri Mahadi Zaman berhubung kegagalan menyiapkan rumah wanita itu dalam tempoh ditetapkan.



Meskipun tidak mengetahui motif pelakon drama Ariana Rose itu, Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi, 38, memilih untuk memahami kondisi kesihatan mental aktres berkenaan.

“Saya tidaklah mengenali Fatiya secara rapat dan tapi bila dia keluarkan kenyataan macam itu, saya rasa satu Malaysia sudah faham keadaan dia.

“Jadi tanpa perlu saya mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun, orang akan faham dan pada saya mungkin ini adalah masa dia diuji dan apa yang diperlukan adalah doa dari seluruh mukmin,” katanya kepada HibGlam.

Ditanya sama ada bakal mengambil tindakan undang-undang atas fitnah tersebut, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah enggan memeningkan kepala, sebaliknya memilih untuk memaafkan aktres terbabit.



Begitupun, jika perkara tersebut andainya berlarutan dan tidak berkesudahan, reaksi dan tindakan yang akan dilakukan bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu bakal berubah.

“Di pihak saya, saya yakin semua orang faham keadaan dan saya dan suami memaafkan perbuatannya itu.

Terdahulu, pelakon sensasi itu mendakwa suami kepada Heliza iaitu, Datuk Seri Mahadi Zaman sebagai penipu apabila syarikat milik lelaki berkenaan gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun lalu.

Malah, aktres itu mendakwa dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM5,000 namun premis dijanjikan siap tahun lalu masih lagi tidak nampak bayang.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading