Sebabkan kematian dua kanak-kanak, pasangan dihukum mati

Oleh – Syeikh Baran


Sebabkan kematian dua kanak-kanak, pasangan dihukum mati
Pasangan itu didapati bersalah membuang dua kanak-kanak itu dari tingkat 15 sebuah apartmen di Chongqing. – Foto AGENSI

China hari ini melaksanakan hukuman mati ke atas sepasang suami isteri terhadap pertuduhan mencampak dua anak mereka daripada tingkap bangunan pangsapuri, dalam kes yang mendatangkan kemarahan seluruh negara.

Zhang Bo dan Ye Chengchen sebelum ini didapati bersalah mengakibatkan kematian dua kanak-kanak, iaitu seorang perempuan berusia dua tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun yang dicampak dari tingkat 15, sebuah menara kediaman di Chongqing, barat daya China.



Bo, bapa kepada dua kanak-kanak itu menjalinkan hubungan sulit dengan Chengchen, yang pada mulanya tidak sedar kekasihnya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Dia kemudian menggesa Bo membunuh dua anaknya, yang dianggapnya sebagai ‘penghalang’ untuk mereka berkahwin dan ‘beban kehidupan masa depan mereka bersama’, kata kenyataan Mahkamah Rakyat Pertengahan Nombor Lima Chongqing.

Pada November 2020, Bo mencampak keluar dua anaknya itu dari tingkap pangsapuri tanpa kehadiran ibu mereka, yang dia bersetuju untuk bercerai.

Kedua-dua mereka didapati bersalah bersubahat ‘membunuh anak perempuan dan anak lelakinya dengan menyebabkan mereka jatuh secara tidak sengaja dari tingkat 15 bangunan pangsapurinya’, lapor China Daily yang disokong kerajaan tahun lalu.



Pasangan itu dijatuhi hukuman mati pada Disember 2021 dan dilaksanakan pada hari ini, kata mahkamah.

Selain itu, pada hari sama, China turut melaksanakan satu lagi hukuman mati berprofil tinggi ke atas Wu Xieyu yang didapati bersalah membunuh ibunya dengan berulang kali memukul dengan dumbbell pada 2015, kata satu kenyataan mahkamah di wilayah timur Fujian.

China merahsiakan data mengenai penggunaan hukuman mati, walaupun kumpulan hak asasi manusia Amnesty International menganggarkan negara itu adalah algojo tertinggi di seluruh dunia – dengan beribu-ribu dihukum bunuh dan dijatuhi hukuman mati setiap tahun.

Hukuman sering dijatuhkan bagi jenayah yang terdiri daripada pengedaran dadah kepada rasuah dan pembunuhan, dengan suntikan maut kaedah pelaksanaan yang paling biasa.



Jenayah Bo dan Chengchen menyebabkan gelombang kejutan di seluruh China kerana kerana membabitkan mangsa kanak-kanak kecil.

Hukuman mati mereka menjadi senarai teratas dalam senarai topik trending di laman media sosial China Weibo hari ini, dengan menerima hampir 200 juta tontonan.

“Hari ini benar-benar hari yang baik,” antara satu komen yang disukai ramai di bawah catatan berkaitan oleh agensi berita negara Xinhua.

“Hukuman itu sesuai dengan jenayah,” tulis yang lain. – AFP



Sumber – BERITA HARIAN


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading