Maaf Cakaplah, Dulu Lebai, Sekarang…

Maaf Cakaplah, Dulu Lebai, Sekarang

Maaf Cakaplah, Dulu Lebai, Sekarang…

PAS boleh, tapi orang lain tak boleh, munafik tahap dewa, cakap tak serupa bikin.

Masa jadi kerajaan, PAS tak minta haramkan konsert tapi bila jadi pembangkang ada konsert jer, PAS minta diharamkan.

Masa jadi kerajaan, PAS tak bagi pun peruntukan untuk pembangkang dan juga masa dia jadi MB dia tak bagi pun pembangkang peruntukan.



Tiba-tiba bila jadi pembangkang, PAS mahu peruntukan.

PAS sendiri kata tidak mahu ambil peruntukan ahli parlimen untuk pembangkang konon kerana tidak iktiraf kerajaan sedia ada.

Sekarang hari-hari menjerit, kerajaan kena beri peruntukan sama rata dengan pembangkang.

Masa jadi kerajaan tak haramkan judi malah naikkan cabutan judi.



Tapi bila PAS jadi pembangkang mereka ungkit pasal judi sedangkan kerajaan sekarang kurangkan aktiviti perjudian.

Masa jadi kerajaan, PAS tak bawa pun RU355.

Tapi masa jadi pembangkang, PAS menjerit balik pasal RUU 355.

Masa jadi kerajaan, PAS izinkan penyanyi pengamal LGBT buat konsert tapi orang lain bawa difitnah kerajaan LGBT.



Kerajaan lawan rasuah dikata, berdendam dgn musuh politik.

Masa jadi kerajaan, PAS tak tukar pun pakaian pramugari tapi waktu jadi pembangkang menjerit-jerit di parlimen kononnkerajaan tidak Islamik.

Masa jadi kerajaan, sanggup kerjasama dengan Gerakan yang menolak hudud dan ingin bawa kes tersebut ke mahkamah.

Tapi bila UMNO berkerjasama dengan DAP tak boleh.



Dulu, Kini Dan Selamanya, PAS Tetap PAS

 

Dulu kita nak jatuhkan kerajaan mereka kata haram, sekarang bila mereka nak jatuhkan kerajaan mereka kata perlembagaan membenarkan.

Orang lain dituduh menipu tapi bila mereka menipu hukumnya boleh atas nama parti.

Mereka berhutang ratusan ribu tak dibayar tidak jatuh hukum haram tapi org lain roh tergantung.



Mereka jadi kerajaan bersama UMNO tidak mengapa atas nama Muafakat Nasional, pihak lain kerjasama dgn UMNO dituduh berkawan perasuah demi kuasa.

Bila orang lain berkaraoke ini bukan pemimpin berakhlak tetapi pemimpin mereka berkaraoke dengan bukan muhrim lewat malam dikatakan berdakwah.

Dulu masa jadi pembangkang hendak hapuskan sekolah vernakular tapi bila jadi kerajaan jadi diam seribu bahasa.

Dulu tidak boleh ucapkan Selamat Hari Natal, tapi sekarang sudah halalun toyibban.



Ulamak bagi mereka di kalangan mereka sahaja, orang lain liberal, kafir dan wahabi.

Hina ulamak selain mereka tidak mengapa tetapi menegur lebai-lebai mereka dituduh menghina ulama.

Tiba-tiba mereka kata Islam terancam.

Tiba-tiba mereka kata pihak yang tak bersama mereka adalah Islam Liberal.

Inilah jenis manusia munafik tahap dewa.

Dia buat boleh, orang lain buat tak boleh.

Dia tak buat boleh org lain tak buat tak boleh!!!

Maaf Cakaplah, Dulu Lebai, Sekarang…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button