Mark Zuckerberg minta maaf

Oleh – Syeikh Baran


Mark Zuckerberg minta maaf
Zuckerberg berdiri dan berpaling ke arah penonton sebelum memohon maaf. – X

Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg memohon maaf kepada keluarga-keluarga yang mengadu bahawa laman media sosial memudaratkan anak-anak mereka semasa sesi soal jawab di Dewan Senat semalam, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC). 

Zuckerberg yang menguruskan syarikat induk bagi platform media sosial Instagram dan Facebook menoleh kepada penonton yang hadir sebelum berkata, ‘tiada siapa yang harus melalui apa yang mereka alami’.



Beliau bersama beberapa ketua pegawai eksekutif syarikat media sosial utama lain termasuk TikTok, Snap, X dan Discord disoal selama hampir empat jam oleh beberapa senator daripada ketua-dua Parti Demokrat dan Republikan (pembangkang) atas tuduhan tidak melindungi kanak-kanak dalam platform online.

Di belakang lima pelopor gergasi teknologi itu, terdapat keluarga yang menyatakan bahawa anak-anak mereka telah mencederakan diri sendiri, malah ada yang mengambil nyawa sendiri disebabkan kandungan dalam media sosial. Mereka bertepuk tangan apabila senator bertanyakan soalan sukar.

Senator Parti Republikan, Ted Cruz kemudian menunjukkan mesej di Instagram yang memberi amaran kepada pengguna tentang kandungan berbaur penderaan seksual kanak-kanak di Instagram, namun laman sosial berkenaan masih memaparkan kandungan tersebut.

“Encik Zuckerberg, apa yang anda fikirkan?” soal Cruz sebelum Zuckerberg berjanji untuk menyelidiki mesej amaran itu semula. –  AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading