Najib diampunkan atau tidak, tunggu kenyataan rasmi
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Samada Najib Razak diampunkan atau tidak, semua pihak perlu menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan.
Demikian jawap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya wartawan di Medan Selera, Kompleks Pertama, Kuala Lumpur.
“Keputusan telah ada, tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan” – Anwar Ibrahim.
Seluruh negara tertumpu kepada Najib Razak selepas Lembaga Pengampunan dikatakan telah bermesyuarat pada Isnin.
Bagaimanapun, sehingga hari ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Lembaga Pengampunan. Sebaliknya, laporan media telah banyak mengelirukan kerana membuat pelbagai spekulasi serta laporan yang bercanggah.
RUJUKAN – Tunggu Kenyataan Rasmi