Dua remaja UK berdepan hukuman penjara bunuh pondan

Oleh – Syeikh Baran


Dua remaja UK berdepan hukuman penjara bunuh pondan
Orang ramai menghadiri majlis cahaya lilin untuk mengenang Brianna Ghey pada Februari tahun lalu di College Green, Bristol. – Foto REUTERS

Seorang hakim di United Kingdom (UK) mengambil langkah yang jarang dilakukan apabila mendedahkan identiti dua juvana di mahkamah selepas mereka disabitkan bersalah membunuh seorang gadis transgender berusia 16 tahun dalam serangan pisau “menggila dan ganas”.‚Äč

Scarlett Jenkinson dan Eddie Ratcliffe, masing-masing berusia 16 tahun disabitkan kesalahan kerana membunuh Brianna Ghey di Warrington, England, pada Februari tahun lalu.

Mangsa berkenaan ditikam sebanyak 28 kali di kepala, leher, belakang dan bahagian dada sebelum mayatnya ditemui oleh seorang pejalan kaki di sebuah taman.



Difahamkan ketika kejadian Jenkinson dan Ratcliffe berusia 15 tahun.

Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang sedang dalam perbicaraan di UK biasanya tidak akan didedahkan identitinya, walaupun media boleh mencabar perkara itu sekiranya suspek benar-benar disabitkan kesalahan dalam kes yang serius.

Hakim Amanda Yip bersetuju untuk membatalkan halangan untuk tidak mendedahkan identiti suspek pada akhir perbicaraan mereka sebelum memutuskan bahawa nama mereka boleh didedahkan pada sesi perbicaraan terbabit.

Juri yang terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita mensabitkan Jenkinson dan Ratcliffe selepas hampir lima jam sesi perbicaraan, susulan perbicaraan empat minggu di Mahkamah Mahkota Manchester.



Hakim turut memaklumkan bahawa kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara seumur hidup untuk sabitan kesalahan mereka.

“Apa yang saya perlu putuskan ialah jumlah tempoh minimum yang anda (tertuduh) perlukan untuk berkhidmat sebelum anda mungkin boleh dipertimbangkan untuk dibebaskan,” katanya, sambil menambah dia akan mempertimbangkan laporan mengenai kedua-duanya sebelum membuat keputusan.

Ketika perbicaraan, mahkamah mendengar bagaimana Jenkinson dan Ratcliffe berbincang untuk membunuh Ghey pada hari kejadian.

Sebelum kejadian, Jenkinson difahamkan telah memuat turun aplikasi pelayar internet yang membenarkannya menonton video penyeksaan dan pembunuhan orang sebenar di dalam ‘bilik merah’ di ‘web gelap’.

Perkara itu telah menambah minatnya terhadap pembunuhan bersiri dengan membuat nota mengenai kaedah mahu berbuat demikian dan Jenkinson turut mengakui dia menikmati ‘fantasi gelap’ mengenai pembunuhan dan penyeksaan terhadap mangsa.

Menurut Pendakwa Raya, kedua-dua tertuduh turut membuat senarai bunuh empat pemuda lain yang mereka ingin bunuh.

Sementara itu, Ghey mempunyai ribuan pengikut di platform media sosial TikTok tetapi secara peribadi beliau adalah seorang remaja yang pendiam dan pemalu serta bergelut dengan kemurungan dan hanya terperuk di dalam rumah sahaja.

Timbalan Ketua Pendakwa Raya Ursula Doyle berkata, kes terbabit adalah salah satu kes yang paling menyedihkan yang pernah beliau kendalikan.

“Perancangan, keganasan dan usia pembunuh adalah di luar kepercayaan,” katanya. – AFP

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker