Ketua Polis Daerah kena ‘menjawab’ jika anggota hidup mewah

Oleh – Syeikh Baran


Ketua Polis Daerah kena ‘menjawab’ jika anggota hidup mewah
Razarudin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta Ketua Polis Daerah (KPD) memantau pegawai dan anggota bawahannya yang hidup mewah dan tidak setara dengan tangga gaji dan jawatan disandang.

Susulan perkara itu, katanya, KPD akan dipertanggungjawabkan sekiranya Bukit Aman mengesan mereka kelak.



“Pihak KPD yang tidak tahu atau buat-buat tak tahu ada pegawai, anggota polis hidup mewah tidak setara dengan jawatan dan gaji, maka mereka diminta keluar.

“Mereka ini tidak layak menjadi KPD, tidak ada standard menjadi commanding post jika mereka terbabit dan bersekongkol dengan pegawai atau anggota polis yang hidup mewah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberikan Amanat Ketua Polis Negara sempena perjumpaan khas bersama kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Daerah Semenanjung Malaysia di Maktab PDRM Cheras, di sini, malam tadi.

Pada masa sama, Razarudin juga mengingatkan KPD agar sentiasa menerapkan nilai-nilai murni agama serta memberi motivasi kepada bawahan mereka supaya menjadi lebih berintegriti.



“Jiwa pegawai dan anggota bawahan ini perlu dibeli, sama ada dibeli dengan kita meletakkan unsur-unsur keagamaan atau kita beli jiwa mereka ini ke arah memotivasi mereka ke arah berintegriti dan bersama-sama dengan kita.

“Janganlah KPD duduk di kerusi empuk dan menunggu Ketua Bahagian Jenayah hantar duit dan lain-lain. Kalau ada begini lagi, saya minta mereka keluar,” ujarnya.

Pada masa sama, Razarudin juga menegaskan penyelia termasuk beliau dan timbalannya juga harus dipersalahkan sekiranya berlaku salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota bawahannya.

“Pasal itu bila saya nak bercakap, saya pesan pada diri saya juga kerana saya adalah penyelia peringkat atasan,” tegasnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading