Pocong bertenggek atas penunggang motosikal

Oleh – Syeikh Baran


Pocong bertenggek atas penunggang motosikal
Pasangan tersebut melihat lembaga berwarna putih menyerupai pocong berada di atas sebuah motosikal di hadapan mereka. – TikTok

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan lembaga dipercayai pocong bertenggek di atas kepala seorang penunggang motosikal di jalan raya, lapor laman berita Otosia kelmarin.

Video dikongsikan di platform TikTok itu dirakam oleh seorang lelaki dan wanita yang berada di dalam sebuah kereta di jalan sama.

Ketika kejadian, keadaan jalan raya  lengang, manakala kereta dan motosikal itu dipandu agak laju.



Lelaki dan wanita di dalam kereta itu kemudian melihat lembaga putih menyerupai pocong berada di atas sebuah motosikal di hadapan mereka.

Selepas diperhatikan lebih teliti, pocong tersebut berdiri di atas penunggang motosikal berkenaan sebelum kelibatnya hilang apabila penunggang itu memecut laju.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Saya menonton video ini dengan kelajuan 0.5x, dan ia jelas kelihatan pocong sedang bertenggek di atas topi keledar,” kata seorang pengguna laman sosial. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker