41 PATI yang lolos berjaya ditangkap

 

Oleh Pena Merah

41 PATI yang lolos berjaya ditangkap
Sebahagian daripada 13 PATI etnik Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis yang ditangkap di Ladang Jambu di Kampung Pos Gedong, Bidor tiba di IPD Tapah sekitar pukul 8.50 malam semalam.

Polis mengesahkan setakat pukul 11 pagi tadi seramai 41 lelaki yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor telah berjaya ditangkap dalam operasi bersepadu sejak malam Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi mengesahkan 41 tahanan itu berjaya ditahan setakat ini.



“Unit Peronda MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah bertindak pantas ke Kampung Ampang, Kuala Woh pada pukul 8.40 malam semalam sebaik sahaja menerima maklumat orang awam.

“Dua tahanan lelaki etnik Rohingnya telah berjaya ditahan dalam operasi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jarak depot itu menuju ke Kampung Ampang kira-kira 20 kilometer yang memerlukan masa selama lima jam sekiranya berjalan kaki.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan setakat pukul 8 malam semalam pihak polis berjaya menahan 39 tahanan yang lolos tersebut.- KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button