Amerika tidak cukup lembu

Oleh – Syeikh Baran


Amerika tidak cukup lembu
GAMBAR fail menunjukkan sekumpualn lembu di Quemado, Texas. – Foto AFP

Amerika Syarikat (AS)  mengalami masalah kekurangan lembu ternakan, demikian menurut angka yang dikeluarkan Jabatan Pertanian AS (USDA) pada minggu ini seperti laporan saluran berita Fox Business.

Statistik itu menunjukkan penternak di AS mempunyai bilangan ternakan yang kecil dan tidak mampu  untuk memenuhi permintaan domestik. Ia menyebabkan harga daging lembu di pasaran meningkat.

Menurut USDA, bilangan lembu daging di seluruh AS merosot kepada 28.2 juta tahun ini, paras terendah sejak tahun 1970-an dan merosot dua peratus berbanding setahun lalu.



Ahli-ahli ekonomi pertanian berkata, kemarau yang berulang sejak tiga tahun lalu bersama peningkatan kos dan kenaikan inflasi menyebabkan tekanan terhadap pelanggan dan penternak.

Dalam pada itu, pakar-pakar berkata, kemarau berterusan dalam tempoh tiga tahun lalu menjejaskan beberapa negeri pengeluar daging lembu terbesar di AS iaitu Texas, Nebraska, Kansas, California dan Oklahoma. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker