Boss Mario hilang

 

Oleh Pena Merah

Boss Mario hilang
Berita kehilangan Boss Mario yang mempunyai seramai 222,000 pengikut di Facebook itu tular di media sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Boss Mario dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Pertam Jaya, Semabok, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kehilangan Yew Boon Xiang, 30, dilaporkan abangnya di Balai Polis Batang Tiga pada 9.35 malam semalam, selepas pempengaruh itu tidak menjawab panggilan telefon sejak jam 8 pagi



“Panggilannya yang berkali-kali tidak berjawab dan perkara itu tidak pernah berlaku. Disebabkan itu, abangnya pergi ke rumah Boss Mario di Taman Pertam Jaya, Semabok untuk memeriksa keadaan, namun adiknya itu tidak ada di rumah.

“Hasil semakan menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati adiknya itu keluar rumah dengan menaiki keretanya jenis Honda City pada 3 pagi, sebelum dia mendapat tahu bahawa kereta itu diletakkan di kawasan Pantai Klebang dalam keadaan berkunci pada 6 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Boss Mario agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu berita kehilangan Boss Mario yang mempunyai seramai 222,000 pengikut di Facebook itu tular di media sosial.



-Harian Metro-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading