Buang 900kg kertas iklan dalam laut

Oleh – Syeikh Baran


Buang 900kg kertas iklan dalam laut
GAMBAR fail menunjukkan kertas iklan yang berjaya dikutip dari laut di Fukuoka. – Foto Pengawal Pantai Moji

Seorang lelaki berusia 74 tahun ditangkap kerana disyaki membuang 900 kilogram (kg) kertas iklan ke dalam laut di Selat Kanmon, barat Jepun, lapor portal berita The Mainichi kelmarin.

Pejabat Pengawal Pantai Moji menahan Shinichiro Kamiyama  yang tinggal di Kokurakita, Kitakyushu kerana melanggar Akta Pengurusan Sisa dan Pembersihan Awam.
 

Dia dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya Daerah Fukuoka cawangan Kokura, Selasa lalu.

Kamiyama dituduh membuang risalah yang dicetak dengan maklumat mengenai penjualan hartanah ke dalam laut secara haram dari sebuah dermaga dekat Stesen JR Kokura antara Februari 2021 hingga Oktober 2023.

Menurut pejabat pengawal pantai, pihak ketiga memberikan maklumat mengenai kejadian itu pada April 2023.

Pemeriksaan di dasar laut mendapati sebanyak 177 berkas kertas iklan telah dibuang ke dalam laut. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker