Emas dari Azizulhasni

Oleh – Syeikh Baran


Emas dari Azizulhasni
Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan dia masih berbisa di pentas antarabangsa selepas memenangi pingat emas acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI di Adelaide, Australia sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Adelaide Super-Drome itu, Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman memastikan pingat emas menjadi miliknya selepas menewaskan dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Lebih manis, kemenangan itu membuktikan Azizulhasni masih memiliki kudrat memandangkan dia menewaskan Nakano yang berada di ranking keempat dunia, manakala Matthew Richardson selaku pelumba No.1 dunia berpuas hati di kedudukan kelima.



Kemenangan yang diraih pelumba berusia 36 tahun itu sangat bermakna memandangkan saingan Piala Negara-Negara UCI merupakan pentas untuk setiap atlet mengutip mata kelayakan untuk melangkah ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 Julai depan.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Fadhil Mohd. Zonis sekadar menamatkan saingan di repecharge pusingan pertama selepas gagal menamatkan perlumbaan tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker