Hassan jangan masuk campur hal parti lain

Oleh – Syeikh Baran


Hassan jangan masuk campur hal parti lain
FAHMI Fadzil (tengah) ketika hadir ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Bukit Goh, dekat sini, selepas melakukan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Kuantan hari ini.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil memberi teguran keras kepada mana-mana pihak untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sendiri.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi itu berkata, teguran tersebut merupakan pandangan beliau sekali gus menasihatkan agar Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh disifatkan seperti menjaga tepi kain parti lain.



Menurutnya, Hassan yang merupakan Ahli Parlimen dari PKR itu perlu menghormati rakan parti yang sama berada dalam kerajaan Perpaduan dan beliau kesal dengan kenyataan tersebut yang mendesak supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur dan parti terbabit perlu diterajui pemimpin baharu.

“Jangan jaga tepi kain parti orang lain, kalau dia hendak suruh saya letak jawatan itu lain, kalau itu Pak Hassan Karim (Hassan) lah.

“Tetapi jangan komen orang-orang dalam parti lain, ia tidak baiklah, (jadi) saya bagi teguran keras kepada Pak Hasan,”katanya dalam sidang akhbar pada program Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Bukit Goh, di sini hari ini.

Rabu lalu, Hassan dilaporkan menyatakan UMNO perlu diterajui muka baharu dan tidak hanya ‘menumpang dahan’ Pakatan Harapan (PH) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diakuinya ‘rapuh’ berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).



Mengulas lanjut, Fahmi berkata, ramai pihak yang boleh mengambil kesempatan di atas kenyataan tersebut malah cara tersebut juga tidak membantu dalam menyelesaikan masalah parti.

“Perkara itu boleh dibuat tetapi perlu disampaikan kepada kepimpinan parti untuk menguruskannya.

“(Dalam) perkara ini, kita hormat parti sahabat dan sekiranya ada sebarang teguran, beliau (Hassan) boleh sampaikan kepada pemimpin (untuk) diuruskan dengan baik. Jadi saya membuat teguran keras kepada beliau dalam bab ini,”ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading