Kedah bakal lawan bekas kelab Neymar

Oleh – Syeikh Baran


Kedah bakal lawan bekas kelab Neymar
Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dijangka akan menentang kelab Brazil, Santos FC dalam aksi persahabatan. – Foto KDA FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menentang Santos FC dalam perlawanan aksi persahabatan jelajah antarabangsa yang menjadi lawatan kelab kelab Brazil itu ke rantau ASEAN.

Pengumuman itu dibuat melalui laman rasmi kelab berkenaan, semalam yang menyaksikan ketibaan mereka ke Kedah bagi menghadapi perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman pada 17 Februari ini.



“Dari 4 Februari hingga 13 Februari ini, Santos FC akan menyertai kejohanan merebut Piala Equity (Equality Cup) di Doha, Qatar. Turut serta bersama dalam kejohanan ini adalah kelab Zenit dari Rusia, Shanghai Shenhua dari China dan Al Duhail mewakili tuan rumah.

“Pada 17 Februari pula, Santos FC dijadualkan untuk perlawanan persahabatan menentang kelab Kedah Darul Aman di Stadium Darul Aman Alor Setar yang mana lawatan pertama ke negara Asean,” katanya.

Santos FC pernah disertai legenda bola sepak dunia, mendiang Pele sebagai pemain utama sekitar tahun 1956 hingga 1974 dan kelab itu juga menjadi platform kepada bintang dunia, Neymar untuk mengembangkan bakatnya sebelum khidmatnya disambar kelab lain.

Kelab ini dibarisi beberapa pemain tumpuan seperti kapten pasukan, Joao Paulo, Joao Schmidt dan Willian yang mana ia menjadi peluang terbaik buat Sang Kenari mempertingkatkan prestasi mereka musim ini.



Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengumuman mengenai perlawanan itu yang dibuat oleh Kedah selaku tuan rumah.

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button