Sebiji lemon berharga RM8,000

Oleh – Syeikh Baran


Sebiji lemon berharga RM8,000
SEBIJI lemon dijual pada harga AS$1,780. FOTO Brettells Auctioneers

Sebiji lemon berusia 285 tahun dijual dengan harga bernilai AS$1,780 (RM8,397.15).

Menariknya, lemon berkenaan di temui di belakang laci kabinet lama di London.

Brettells Auctioneers di Shropshire berkata, kabinet abad ke-19 itu dibawa ke pusat lelong untuk dijual.
 

Katanya, pemiliknya yang juga sebuah keluarga mengatakan, kabinet itu milik bapa saudara mereka yang sudah meninggal dunia.



“Lemon itu ditemui di belakang laci ketika seorang pakar sedang mengambil gambar kabinet untuk dijual.

“Buah itu ditulis dengan mesej: “Diberikan Encik P Lu Franchini 4 November 1739 kepada Cik E Baxter”,” kata Brettells Auctioneers.

Pusat lelong itu memutuskan untuk cuba menjual lemon berkenaan.

Pegawai terkejut apabila lemon itu memperoleh bidaan tertinggi AS$1,780 sedangkan kabinet itu cuma berjaya dijual dengan harga AS$40 (RM188.70).



Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker